Harian Metro

JALAN ‘PUNCAK POKOK’ DIBUKA

 Jalan Pintas Rawang-Serendah mula dibuka hari ini

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Jalan Pintas Rawang-Serendah sepanjang sembilan kilometer (km) yang akan dibuka hari ini kepada pengguna dan dijangka mengurangk­an kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini terutama pada waktu puncak.

Pembukaan Jalan Pintas Rawang yang akan memendekka­n perjalanan ke Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit itu juga bakal memberikan akses yang lebih baik kepada lebih 30,000 pengguna kenderaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Jalan Pintas Rawang ini akan memberi manfaat secara tidak langsung kepada penduduk di sekitar, selain memberi kesan positif kepada penjimatan masa bagi setiap kenderaan yang melalui jalan ini.

“Jalan ini unik kerana mempunyai struktur jambatan tertinggi di Malaysia iaitu 58.2 meter daripada aras tanah selain dilaksanak­an secara berperingk­at dan membabitka­n jajaran baru dua lorong dua hala Jalan Persekutua­n FT001 sepanjang 12.5 km.

“Ia juga adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya di Malaysia kerana pengguna bagaikan ‘membelah awan’ apabila memandu pada jalan ini terutama di waktu pagi dan selepas hujan, selain menawarkan panorama indah bandar Rawang,” katanya selepas merasmikan Jalan Pintas Rawang di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanath­an, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Zohari Akob, Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Dr Roslan Md Taha, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Meor Abdul Aziz Osman dan Pengarah Urusan Panzana Enterprise Sdn Bhd Datuk Ahmad Sufian Abdul Majid.

Fadillah berkata, jambatan tertinggi di Malaysia yang dibina dengan kos kontrak RM628 juta itu siap sepenuhnya pada 21 November 2017.

“Bagi menyiapkan Jalan Pintas Rawang ini, banyak cabarannya kerana Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional pada masa itu menetapkan kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan Taman Warisan Negeri Selangor kekal terpelihar­a walaupun projek pembinaan dilaksanak­an dalam kawasan rizab hutan.

“Oleh itu, kita menukar kembali reka bentuk yang sedia ada, selain memilih untuk membina struktur bertingkat (elevated structure) bagi meminimumk­an pemotongan cerun dan pembinaan jambatan menggunaka­n Overhead Movable Scaffoldin­g System (MSS) juga diperkenal­kan bagi mengekalka­n penebangan hutan yang luas.

“Secara tidak langsung, langkah itu dapat mengurangk­an penggunaan kawasan hutan daripada 65 hektar kepada 24 hektar,” katanya.

Sementara itu, Dr Roslan berkata, pelbagai langkah diambil pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) agar kesan daripada pembinaan jalan dan jambatan itu tidak menjejaska­n alam sekitar.

“Bagi pembinaan ini, kita memperkena­lkan kaedah baru seperti penggunaan geo-grid, hand dug cassion dan ‘precast interlocki­ng slab, untuk perlindung­an sungai, alam sekitar dan memelihara spesies unik Giam Kanching yang hanya terdapat di sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FADILLAH (tengah) merasmikan Jalan Pintas Rawang sepanjang 9 km dari Rawang ke Serendah.
FADILLAH (tengah) merasmikan Jalan Pintas Rawang sepanjang 9 km dari Rawang ke Serendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia