Harian Metro

KES PERTAMA KOMUNIKASI PALSU WHATSAPP

- Syah Rul Aswari Abdullah dan Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 Guru wanita dituduh hantar komunikasi palsu menerusi WhatsApp

Seorang guru wanita di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Semporna, semalam, menjadi individu pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghantar komunikasi palsu menerusi kumpulan WhatsApp pada 2014.

Bagaimanap­un, pada prosiding di Mahkamah Sesyen Tawau itu, tertuduh Rafeah Buang @ Othman, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, wanita itu yang bertugas di di Unit ICT Pejabat KEMAS Daerah Semporna didakwa menghantar komunikasi palsu ke kumpulan WhatsApp ‘Karpet KEMAS 189 Semporna’ dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 11.45 pagi, 11 Disember 2014.

Mesej itu dibaca jam 1 tengah hari di Hospital Semporna, pada hari sama. Bagi pertuduhan itu, wanita terbabit didakwa Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Ia memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,0000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Awang Kerisnada kemudian membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin yang beralamat di Semporna. Kes ditetapkan untuk sebutan semula dan lantikan peguam pada 31 Januari tahun depan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Mohd Sophian berkata, kes berkenaan adalah kes pertama membabitka­n individu didakwa atas kesalahan menghantar komunikasi palsu menerusi kumpulan WhatsApp.

 ??  ?? RAFEAH (kanan) di luar pekarangan Mahkamah Tawau.
RAFEAH (kanan) di luar pekarangan Mahkamah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia