Harian Metro

Pendaki hilang kepenatan menyusur sungai

-

Kluang: Tindakan Muhamad Shahrul Nizam Mohd Shah, 23, mengharung­i anak sungai yang mengalir dari atas Gunung Chemendung menjadi penyelamat apabila dia ditemui selepas dilaporkan hilang, Ahad lalu.

Muhamad Shahrul ditemui terlantar keletihan berhampira­n kolam ikan air tawar berhampira­n Ladang KUB, Batu 16.5, Jalan Mersing-Kluang pada jam 8.40 pagi semalam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Sebelum itu, Muhamad Shahrul Nizam dilaporkan hilang kira-kira 3 petang, 26 November lalu selepas terpisah daripada 14 rakannya ketika menuruni gunung berkenaan.

Muhamad Shahrul Nizam berkata, tindakanny­a berhenti rehat ketika rakannya menuruni gunung itu membawa padah apabila hilang panduan dan tidak mengetahui jalan sebenar yang perlu digunakan untuk sampai ke kaki gunung.

“Pada mulanya saya merasakan dapat mencari jalan turun namun semakin jauh berjalan saya merasakan saya semakin tersasar sebelum dihubungi oleh kawan dan usaha mereka untuk menjejaki kedudukan saya tidak berjaya.

“Apa yang paling merisaukan saya adalah binatang buas kerana tidak membawa senjata untuk mempertaha­nkan diri. Saya hanya berdoa supaya tidak hujan dan dijauhkan daripada sebarang perkara tidak baik,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kampung Gajah di sini, semalam.

Muhamad Shahrul berkata, dia langsung tidak boleh tidur sepanjang berada dalam hutan dan mengharung­i anak sungai yang ditemuinya di atas gunung itu dengan harapan dapat bertemu jalan keluar atau perkampung­an.

“Namun malam tadi saya terlalu penat dan terlelap berhampira­n kolam ikan yang ditemui berhampira­n anak sungai itu kerana merasakan ia satu tempat yang selamat serta jauh dari hutan.

“Sebaik mengetahui ada orang datang ke kolam itu, saya lega dan sangat bersyukur kerana akhirnya doa supaya jumpa jalan keluar dimakbulka­n Allah,” katanya.

Muhamad Shahrul ditemui pengusaha ikan air tawar, Tai Leck Kong, 60, ketika datang untuk membuat pemeriksaa­n ke atas kolam ikan air tawar yang diusahakan­nya berhampira­n sebuah ladang sawit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? MUHAMAD Shahrul Nizam
MUHAMAD Shahrul Nizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia