Harian Metro

Dua pesawah seleweng SBPKP disambung reman tiga hari

-

Melaka: Tahanan reman ke atas dua pesawah yang kini disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewan­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) disambung tiga hari lagi.

Perintah lanjutan reman bermula semalam hingga 1 Disember depan ke atas suspek lelaki masing-masing berusia 46 dan 52 tahun itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi.

Terdahulu, kedua-dua suspek memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, di sini, jam 11.20 pagi semalam dan beredar dari kamar mahkamah 30 minit kemudian.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, suspek kedua kes penyelewen­gan SBPKP bernilai RM2.54 juta berusia 46 tahun itu ditahan 21 November lalu ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM negeri di Alai.

Lelaki itu yang dipercayai bersubahat dengan suspek utama kes iaitu Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau direman tujuh hari bermula 22 November hingga semalam.

Difahamkan, suspek bersama pengurus projek PPK Merlimau mengadakan usahasama projek tanaman padi seluas 22.2 hektar yang dipajak di Merlimau.

Susulan penahanan suspek, SPRM turut menyita kereta Audi A4 yang dipercayai dibeli pesawah itu menggunaka­n wang hasil jualan baja SBPKP.

Suspek berusia 52 tahun itu pula ditahan 22 November lalu di pejabat SPRM negeri di Alai dan direman enam hari bermula 23 November hingga semalam.

Setakat ini, SPRM menahan lima suspek bagi membantu siasatan berkaitan penyelewen­gan SBPKP bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 ?? FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN ?? DUA pesawah diiringi anggota SPRM untuk mendapatka­n perintah sambung reman bagi membantu siasatan.
FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN DUA pesawah diiringi anggota SPRM untuk mendapatka­n perintah sambung reman bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia