Harian Metro

‘Saya dah nasihat Uncle’

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

“Dia majikan yang baik dan boleh bertolak ansur. Saya sudah 22 tahun bekerja dengannya, tidak sangka penyamun sanggup memukulnya hingga mati,” kata Muhamad Husaini Abdullah Mutalib, 38, penyelia Pasar Raya Sem Ah Yem.

Menurutnya, majikannya, Sem Ah Yeem, 69, ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Pusat Perdaganga­n Jelapang di sini, semalam.

“Dia yang mesra dipanggil Uncle tinggal bersendiri­an di pasar raya berkenaan. Sejak dulu lagi saya sudah tegur dia supaya tidak tinggal di sini kerana bahaya dengan kemungkina­n disamun kerana kawasan pasar raya itu sunyi pada waktu malam.

“Namun, dia mengatakan ingin menjaga pasar raya. Dia ada tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka tinggal berasingan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, dia tiba di pasar raya itu, kira-kira jam 7.45 pagi dan anak lelaki kedua majikannya sudah sampai terlebih dulu.

“Sebaik saya masuk ke dalam pasar raya, saya lihat pejabat yang menempatka­n bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) dan peti besi berselerak.

“Saya terus bertanyaka­n mengenai keadaan Uncle kepada anaknya dan diberitahu lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, dia terus naik ke tingkat atas untuk melihat sendiri keadaan majikannya.

“Sungguh menyayat hati apabila melihat Uncle diikat tangan dan kaki dengan keadaan berlumuran darah di kepala.

“Kenapa perlu pukul dan bunuh Uncle yang sudah tua dan pastinya dia tidak mampu melawan” katanya.

Muhamad Husaini berkata, dia sudah bekerja dengan Uncle sejak berusia 16 tahun lagi ketika perniagaan majikannya itu masih kecil di dua lokasi lain sebelum berkembang dan menjadi pasar raya sekarang ini.

 Pemilik Pasar Raya Sem Ah Yem ditemui mati berlumuran darah

 ?? FOTO: ?? AH YEEM ANGGOTA polis mengangkat mayat Ah Yeem untuk dibawa ke hospital.
FOTO: AH YEEM ANGGOTA polis mengangkat mayat Ah Yeem untuk dibawa ke hospital.
 ?? L MANIMARAN ??
L MANIMARAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia