Harian Metro

‘Tidur kaku’ dalam van

-

Miri: Tanda tanya mengenai sebuah van yang terbiar parkir di tepi jalan dekat Jalan Miri-Bypass, di sini, selama lebih dua jam terjawab apabila pemandunya ditemui mati, petang kelmarin.

Pemandu van yang juga lelaki berusia 54 tahun itu ditemui mati dalam kenderaan berkenaan oleh sekumpulan pekerja kontrak membuat jalan di lokasi kejadian, kira-kira jam 2 petang.

Sumber berkata, sebaik laporan dibuat, polis kemudianny­a ke lokasi dan menemui lelaki terbabit tidak sedarkan diri dalam keadaan tersandar di kerusi pemandu.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia dipercayai akibat masalah kesihatan.

“Sebelum itu, sekumpulan pekerja kontrak melihat van berkenaan diparkir di kawasan berkenaan lebih dua jam hingga menimbulka­n tanda tanya.

“Mereka (pekerja kontrak) menyangka lelaki terbabit tertidur, bagaimanap­un mereka curiga apabila mendapati lelaki terbabit langsung tidak bergerak sebelum menghubung­i polis memaklumka­n kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng

Seah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, mayat lelaki terbabit dibawa Hospital Miri untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan termasuk penyakit kronik, bagaimanap­un punca sebenar kematian masih belum diperoleh,” katanya.

Katanya, kes setakat ini diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

 ??  ?? POLIS melakukan siasatan di lokasi
kejadian.
POLIS melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia