Harian Metro

Tidak benar!

KTA nafi Sungai Kiulu dicemari kencing tikus

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Persatuan Pelanconga­n Kiulu (KTA) menafikan dakwaan penularan jangkitan ‘leptospiro­sis’ atau kencing tikus di Sungai Kiulu, Tuaran seperti yang disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Presiden KTA, Dr Edmon Guntis berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima apa-apa laporan mengenai jangkitan kencing tikus daripada penduduk atau pengunjung yang terbabit dengan aktiviti rekreasi di sungai berkenaan.

Katanya, pihaknya juga sudah mendapat pengesahan daripada Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi bahawa dakwaan itu (jangkitan kencing tikus di Sungai Kiulu) tidak benar.

“Namun, sekiranya selepas ini kita menerima laporan kes berkenaan, kita akan menyiasat perkara itu lebih lanjut untuk mengetahui lokasi sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Berdasarka­n dakwaan yang disebarkan menerusi WhatsApp, ada individu mendakwa penularan jangkitan ‘leptospiro­sis’ atau kencing tikus di Sungai Kiulu.

Ia turut memberitah­u orang ramai tidak melakukan aktiviti rekreasi seperti berenang di Sungai Kiulu.

Edmon berkata, dia hanya mengetahui dakwaan itu selepas salah seorang rakannya yang berada di Kuala Lumpur berkongsi paparan skrin daripada kumpulan WhatsApp.

Beliau berkata, rakannya itu ingin tahu kebenaran dakwaan berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah mengadakan mesyuarat dalam kalangan ahli KTA dan akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan. Kita memandang serius perkara ini kerana dakwaan itu boleh menjejaska­n aktiviti pelanconga­n di Sungai Kiulu.

“Seperti kita tahu, sungai ini popular sebagai destinasi ekopelanco­ngan di Sabah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan pihak berkaitan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n tahap kebersihan di Sungai Kiulu.

“Kita kesal kerana gara-gara dakwaan itu, apa yang kita usahakan selama ini untuk membangunk­an industri pelanconga­n di sini akan musnah begitu saja hanya kerana maklumat tidak sahih,” katanya.

 ??  ?? SUNGAI Kiulu yang terkenal sebagai destinasi berakit jeram disebarkan dengan berita palsu berkaitan kencing tikus menerusi aplikasi WhatsApp (gambar kecil), sejak kelmarin.
SUNGAI Kiulu yang terkenal sebagai destinasi berakit jeram disebarkan dengan berita palsu berkaitan kencing tikus menerusi aplikasi WhatsApp (gambar kecil), sejak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia