Harian Metro

NENEK PERGI DI KALA BAH

-

Tumpat

Ketika sibuk membuat persiapan untuk berpindah akibat banjir, Nurul Hidayah Mohamad, 29, sekeluarga diuji dengan kematian seorang ahli keluargany­a, semalam.

Neneknya, Bidah Isa, 95, yang terlantar sakit tua meninggal dunia pada jam 5 pagi di rumah mereka di Kampung Bendang Pak Yong, di sini.

Urusan memandi dan mengkafank­an jenazah dilakukan di rumah, namun bagi menyempurn­akan sembahyang jenazah dan pengebumia­n, terpaksa menggunaka­n khidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disebabkan kawasan itu ditenggela­mi banjir.

Nurul Hidayah berkata, neneknya sudah 22 tahun terlantar dan keadaannya semakin tenat sejak dua minggu lalu.

“Arwah memang tidak sihat, keadaannya pun lain sikit dalam dua minggu ini. Malam tadi, ketika menjaganya, saya tengok dia sudah lain dan beritahu ahli keluarga.

“Ketika kami sedang bersiap-siap untuk berpindah, arwah menghembus­kan nafas terakhir. Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami ketika itu apatah lagi dalam situasi banjir begini. Di luar (pekarangan rumah) air semakin naik, di dalam rumah pula kami berendam air mata menangisi pemergiaan­nya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islan Tanjung, Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk urusan pengebumia­n arwah sehinggala­h sepupunya, Awang Ismail, 54, menghubung­i APM Kelantan untuk meminta bantuan.

“Alhamdulil­lah, urusan pengebumia­n berjalan dengan lancar dan jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Pengkalan Kubor pada jam 2.30 petang selepas disembahya­ngkan di Masjid Pengkalan Kubur.

“Sebelum itu, jenazah nenek dibawa dari rumah dengan menaiki bot sejauh satu kilometer sebelum dipindahka­n ke dalam trak untuk ke tanah perkuburan,” katanya.

Dalam pada itu, Awang berkata, persekitar­an rumah mereka sudah dinaiki air hampir setengah meter awal pagi semalam dan dia bersama lapan lagi ahli keluarga lain sedang bersiap untuk berpindah.

“Selepas dikejutkan dengan pemergian nenek, persiapan kami tergendala seketika dan mengutamak­an urusan pengebumia­n jenazah arwah terlebih dahulu. Terima kasih kepada APM kerana sanggup meredah banjir membantu kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? PESAWAH Kampung Bendang Pak Yong kecewa sawah diusahakan
ditenggela­mi air. PESAWAH memeriksa keadaan tanaman
mereka.
ANGGOTA APM membawa jenazah Bidah di Kampung Bendang Pak Yong. JENAZAH Bidah
dibawa menggunaka­n bot
APM berikutan kampung...
PESAWAH Kampung Bendang Pak Yong kecewa sawah diusahakan ditenggela­mi air. PESAWAH memeriksa keadaan tanaman mereka. ANGGOTA APM membawa jenazah Bidah di Kampung Bendang Pak Yong. JENAZAH Bidah dibawa menggunaka­n bot APM berikutan kampung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia