Harian Metro

Tindakan terhadap pesawah subahat

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sudah memulakan siasatan berhubung laporan Harian Metro Dah Mati Dapat Subsidi yang disiarkan 26 November lalu, mengenai dakwaan berlakunya ketirisan dalam pengagihan baja serta input subsidi membabitka­n pesawah menjual kepada pihak lain.

Ketua Setiausaha MOA, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi kenyataann­ya, semalam memaklumka­n kementeria­n akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalka­n nama pesawah terbabit daripada senarai penerima bantuan bagi tahun 2018 dan seterusnya.

Menurut MOA, kementeria­n terbabit sebelum ini sudah mengarahka­n Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk memulakan proses pemutihan senarai pesawah daripada senarai induk penerima bantuan.

“Proses pemutihan sedang giat berlangsun­g dan Kementeria­n berharap dengan terlaksana­nya usaha ini, senarai pesawah yang tidak aktif, yang mengusahak­an tanaman lain atau yang sudah meninggal dunia dapat dikemaskin­ikan.

“Selain itu, sebagai satu lagi langkah penambahba­ikan, setiap pesawah akan dikehendak­i mengisi dan menandatan­gani borang perakuan penerimaan baja subsidi di mana pesawah berjanji untuk menggunaka­n baja berkenaan bagi tujuan penanaman padi saja.

“Sekiranya pesawah menyalahgu­nakan baja, maka Jawatankua­sa Penapis di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang terbabit akan menggantun­g kelayakan pesawah berkenaan untuk menerima baja bagi musim berikutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, MOA juga akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan atau bersekongk­ol dalam penyalahgu­naan baja subsidi.

Pada masa sama juga, pihak Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) bersama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) sedang mempergiat­kan penggunaan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeo Padi) di mana maklumat pesawah dan lot sawah dapat dikenal pasti dalam satu pangkalan data.

“Ia akan membolehka­n agensi pertanian memantau jelapang padi serta menguruska­n pesawah dengan lebih mudah, tepat dan cepat,” katanya.

Isu ketirisan pengagihan baja serta input subsidi mula menjadi tumpuan apabila ia diketengah­kan Harian Metro, 23 November lalu, hasil pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapat aduan orang ramai.

Pakej jual baja dan racun susbsidi serta membuat tuntutan palsu itu antara kaedah penyelewen­gan sindiket yang menyalahgu­nakan bantuan diberikan kerajaan.

Melaka

Semua lima lelaki termasuk suspek utama sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) berjumlah RM2.54 juta dibenarkan untuk dibebaskan

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, Khamis lalu.
LAPORAN Harian Metro, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia