Harian Metro

Bawa 12 botol penawar racun

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Kim Chol bawa dalam beg galas dilabel guna bahasa Korea

Lelaki warga Korea Utara, Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam yang dipercayai mati akibat diracun agen saraf VX ada membawa 12 botol kaca berisi penawar racun dalam beg galasnya.

Semua botol kecil yang dibawa Kim Chol itu dilabel menggunaka­n bahasa Korea diisi dengan iaitu

bagi racun termasuk VX dan serangga perosak.

Perkara itu dicadangka­n peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 25, kepada Ketua Unit Alkohol dan Toksikolog­i Klinikal, Jabatan Kimia Dr K Sharmilah 38.

Saksi ke-23 pendakwaan itu memberikan keterangan pada perbicaraa­n dihadapi Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), jam 9 pagi pada 13 Februari lalu.

Selain itu, wanita yang

bertugas di Seksyen Toksikolog­i Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia turut bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa racun serangga perosak boleh menyebabka­n kematian dan memberikan simptom yang sama seperti diracun dengan VX.

Mengulas lanjut, Dr Sharmilah kemudian menjelaska­n kepada mahkamah bagaimanap­un penggunaan racun serangga perosak untuk membunuh seseorang memerlukan kadar kepekatan yang berbeza dengan racun agen saraf VX.

Dalam kes pemeriksaa­n semula dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, saksi itu menjelaska­n 10 miligram (mg) VX diperlukan untuk membunuh seseorang individu melalui penyerapan kulit. “Jika dibandingk­an dengan

iaitu sejenis racun serangga yang paling toksik dalam kumpulan

seseorang

itu memerlukan 72,000 mg

untuk menyebabka­n kematian melalui penyerapan kulit,” katanya.

Mengenai analisis yang dibuat terhadap spesimen darah Kim Chol, Dr Sharmilah berkata, antara ubat yang dikesan adalah ubat untuk merawat gout, tekanan darah tinggi, kencing manis dan ubat tahan sakit dan semua dos ubat yang dikesan dalam darah mangsa tidak memudaratk­an kesihatan mangsa.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superinten­dan Nasrol Sain Hamzah berkata, usaha polis untuk menjejak tiga lagi suspek dalam kes bunuh Kim Chol tidak berjaya selepas ketiga-tiga mereka didapati meninggalk­an hotel penginapan ketika diserbu.

Saksi pendakwaan ke-24, polis menjalanka­n pencarian terhadap ketiga-tiga suspek itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat daripada tertuduh kedua, Doan Thi Huong.

“Thi Huong turut menunjukka­n sendiri bilik hotel di Sky Star Hotel di Sepang di mana beliau (Thi Huong) menginap dan memberikan kepada polis baju-T dengan tulisan ‘LoL’ yang dipakainya pada 13 Februari lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang dengan racun VX,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini.

 ??  ?? DOAN dan Siti Aisyah diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
DOAN dan Siti Aisyah diiringi anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia