Harian Metro

Kedai konsep baru

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Wendy’s rancang buka empat lagi cawangan baru tahun ini

Wendy’s, rangkaian restoran burger terkemuka dikendalik­an Berjaya Burger Sdn Bhd merancang membuka empat cawangan barunya menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Wendy’s Malaysia, Saw Yung Sheng berkata, empat cawangan baru itu adalah Berjaya Waterfront Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, Johor Premium Outlet (JPO) di Kulai Johor manakala dua lagi di Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang dan Kota Kinabalu.

“Pembukaan empat cawangan baru diharap dapat menawarkan lebih peluang kepada pelanggan Wendy’s untuk merasai hidangan burger di restoran rangkaian kami.

“Malah buat pertama kali, Wendy’s memperkena­lkan kedai konsep medan selera pertama di Johor Premium Outlet dengan keluasan 1,100 kaki persegi dibuka pada bulan depan,” katanya sempena pembukaan cawangan baru ke-12 dan pertama Wendy’s di Paradigm Mall Johor Bahru, kelmarin.

Katanya, dengan pelaburan kira-kira RM800,000, Wendy’s yang beroperasi di pusat beli-belah terbaru itu dijangka memperoleh antara 300 dan 400 traksaksi jualan dalam sehari.

Katanya, syarikat itu yang mula bertapak di Lembah Klang pada 2008 sudah lama mengintai peluang pelaburan di negeri ini.

“Akhirnya ia (pembukaan) dapat direalisas­ikan dengan pembukaan cawangan baru Wendy’s di pusat beli-belah Paradigm Mall Johor Bahru, malah sesuai dengan keadaan ekonomi negeri ini yang pesat membangun.

“Maklum balas daripada pelanggan sangat baik dan kami merasa bangga terutama melihat cara orang Johor menyambut kami di sini, hingga sanggup berbaris panjang bagi mendapatka­n produk Wendy’s,” katanya.

Katanya, beliau yakin lebih 20 produk ditawarkan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar produk francais dari Amerika Syarikat.

“Memang terdapat kelainan di Johor dan ada beberapa produk ikonik menjadi kegemaran pelanggan seperti sos cili, ais krim burger

selain kentang goreng masih berkulit,” katanya.

Wendy’s terus optimis melebarkan sayap dengan membuka cawangan berkenaan, malah mempunyai restoran berkonsep pandu lalu di Juru, Pulau Pinang.

Berjaya Burger Sdn Bhd adalah anak syarikat Berjaya Corporatio­n yang kini mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara termasuk tiga di Pulau Pinang, lapan di Lembah Klang dan satu di Paradigm Mall Johor Bahru.

 ??  ?? SAW (kanan) bersama pelayan menunjukka­n menu burger terkenal Wendy's yang baru dibuka di Paradigm Mall Johor Bahru.
SAW (kanan) bersama pelayan menunjukka­n menu burger terkenal Wendy's yang baru dibuka di Paradigm Mall Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia