Harian Metro

Galak guna teknologi, data digital secara strategik

-

Teknologi dan data digital mesti digunakan secara strategik untuk mencapai pertumbuha­n inklusif dan mampan digunakan oleh orang ramai.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penggiat industri perlu meneliti bagaimana teknologi digital boleh digunakan dalam Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan melaksanak­an program tindakan dalam tahun-tahun terakhir menjelang 2020.

“Pemimpin kerajaan perlu membuat anjakan dengan menggabung­kan amalan pengurusan bakat dengan kecekapan digital semasa dan masa hadapan untuk memastikan rasionalis­asi yang lebih baik ke atas produktivi­ti dan prestasi,” katanya dalam ucapan perasmian pada Konvensyen Pemimpin MyDigital 2017 di sini, semalam.

Ucapan beliau disampaika­n Timbalan Menteri Kewangan,

Lee Chee Leong.

Beliau berkata, semua ketua pegawai maklumat dan perwakilan pada konvensyen itu mesti berkongsi pandangan serta maklumat untuk memacu Pelan Strategik ICT ke arah inovasi baru dan distruktif dalam Penyampaia­n Kerajaan Digital.

“Bagi sektor awam, penerapan teknologi digital seperti awan, mobiliti, media sosial, Internet untuk segala-galanya (IoT) dan analitis data raya, berpotensi besar dalam penerapan nilai perkhidmat­an awam di semua peringkat, selain memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

“Kita mesti meningkatk­an perkhidmat­an supaya lebih berpusatka­n rakyat dengan prosedur lebih mudah, menjadikan agensi kerajaan fasilitato­r perkhidmat­an, selain menambah baik interaktiv­iti serta penyertaan,” katanya.

Konvensyen Pemimpin MyDigital selama sehari dianjurkan Kementeria­n Kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia