Harian Metro

‘Lain kali jumpa doktor’

-

New Delhi: Doktor di sebuah hospital dikejutkan dengan penemuan pelik dalam tubuh seorang lelaki apabila terdapat cawan besi yang tersumbat di dalam duburnya.

Petani berusia 60 tahun itu rupa-rupanya sebelum ini menerima ‘rawatan’ daripada ‘doktor’ kampung yang memasukkan objek berukuran 21 sentimeter (sm) itu selepas dia mengadu sakit perut.

Menyedari rawatan itu langsung tidak memberi kesan, malah menyebabka­nnya semakin terseksa, dia akhirnya membuat keputusan untuk mendapatka­n rawatan sebenar di klinik swasta.

Doktor yang melakukan endoskopi dan imbasan x-ray terperanja­t apabila cawan besi itu sudah masuk jauh ke dalam sistem penghadama­nnya.

Rakaman video menunjukka­n objek terbabit dikeluarka­n menerusi pembedahan dilakukan di Hospital Sarthak di Satna, Madhya Pradesh.

“Saya sudah terima pengajaran. Saya tidak akan berjumpa dengan doktor kampung lagi.

“Saya sering mendapatka­n rawatan mereka, namun tidak dapat membayangk­an kenapa mereka lakukan perkara ini.

“Sesiapa pun tidak patut mendapatka­n rawatan dengan mereka. Mereka harus berjumpa doktor bertauliah biarpun mengalami sakit ringan. Demi menjimatka­n wang, tidak bijak untuk mengancam nyawa sendiri,” kata lelaki itu.

Katanya, dia mengalami muntah dan sakit perut selama beberapa bulan sebelum berjumpa dengan doktor kampung terbabit.

“Pesakit datang kepada kami dan mengadu kesakitan. Kami memeriksa lubang duburnya dan menemui satu objek keras tersumbat di situ sebelum melakukan endoskopi.

“Penemuan yang dilakukan amat mengejutka­n kerana terdapat cawan besi. Ahli keluarga dan pesakit sendiri tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dalam laporan itu. Kami kemudian melakukan pembedahan,” kata Dr Sunil Agarwal yang mengetuai pembedahan.

Objek itu berjaya dikeluarka­n menerusi pembedahan selama satu jam setengah. - Daily Mail

 ??  ?? IMBASAN x-ray menunjukka­n kedudukan cawan itu di dalam badan pesakit. - Daily Mail
IMBASAN x-ray menunjukka­n kedudukan cawan itu di dalam badan pesakit. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia