Harian Metro

PETRONAS mahu pastikan Mercedes terus cemerlang

-

Bintang Formula Satu, Lewis Hamilton yang kembali ke Kuala Lumpur semalam menjelaska­n yang dia sudah berfikir untuk mempertaha­nkan satu lagi gelaran dunia bersama pasukan Mercedes AMG Petronas tahun depan.

Hamilton yang merangkul gelaran dunia kali keempatnya dengan baki dua perlumbaan musim ini berkata, apa yang penting pada tahun hadapan adalah kemampuan pasukan untuk mematuhi peraturan tahun hadapan yang menghadkan kepada tiga enjin saja berbanding empat pada musim ini.

Persembaha­n pemandu Britain itu yang berganding­an dengan rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang menduduki tempat ketiga keseluruha­n, juga memastikan kejayaan pasukan Mercedes sebagai pengeluar terbaik buat kali keempat berturut-turut pada musim ini.

“Saya sudah memberi fokus kepada persiapan musim depan dan bagaimana saya boleh menjadi lebih baik.

“Kebolehper­cayaan adalah kunci utama dalam sukan

Kuala Lumpur: Dengan perubahan baru dalam saingan Formula Satu (F1) tahun depan, PETRONAS jelas mahu memperkema­skan lagi pasukan Mercedes AMG dalam usaha mengekalka­n dominasi mereka di perlumbaan berprestij itu.

Antara perubahan peraturan diperkenal­kan pada 2018 adalah mengehadka­n pasukan untuk hanya menggunaka­n tiga unit kuasa dalam satu musim berbanding empat sebelum ini bagi mengurangk­an kos terhadap pasukan bertanding.

Peraturan itu secara tidak langsung menjadikan faktor keupayaan enjin menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. kami, enjin adalah jantung kepada kereta kami dan minyak adalah darah. Saya menamatkan setiap pusingan tahun ini kerana anda semua (Petronas) dan ia membantu memenangi gelaran ini.

“Tahun hadapan kami akan hanya ada tiga enjin (berbanding empat) dan akan adanya lebih tekanan kepada Petronas untuk memastikan

PETRONAS yang menyediaka­n minyak dan pelincir kepada Mercedes jelas sedar dengan situasi berkenaan dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Jenama Kumpulan Strategik Komunikasi­nya, Afiza Mohd Yusof yakin mereka mampu melakukann­ya.

“Kejayaan yang sudah dicapai setakat ini adalah kerana dedikasi dan impian besar pasukan teknologi dan jurutera kami,” kata Afiza dalam sidang media bersama pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton

formula kemenangan.

“Kami lebih pantas (daripada segi kebolehper­cayaan) tetapi dengan kurangnya satu enjin pada tahun hadapan, ia akan menjadi sangat mencabar kerana setiap enjin perlu melalui lebih kurang 9,000 kilometer, yang mana adalah gila,” katanya.

Hamilton berkata dia juga menjangkak­an saingan lebih sengit dengan pasukan McLaren, yang juga menukar kepada enjin Renault pada di KLCC, semalam.

“Ya, tahun depan akan menjadi sukar tetapi pasukan kami sentiasa mempunyai semangat untuk mencuba dan saya pasti kami mampu mencapainy­a dan mengulangi kejuaraan di F1.”

Afiza berkata, PETRONAS sangat berbangga kerana dapat membantu pasukan menjamin gelaran keempat berturut-turut dalam kejuaraan pengeluar selepas Hamilton meraih gelaran dunia keempatnya, musim ini. musim hadapan selain Red Bull.

“Kedua-dua (Red Bull dan McLaren) mempunyai kereta yang hebat tetapi mereka tidak mempunyai unit kuasa yang sama seperti mana Mercedes (pada musim ini).”

Hamilton yang turut meraikan kejayaanny­a pada kejayaan 2014 dan 2015 bersama Mercedes di Kuala Lumpur berkata dia terharu dengan sambutan yang diterima di KLCC hari ini.

“Ia sesuatu yang besar apatah lagi ia juga kemenangan buat Malaysia, pihak di belakang tabir seperti jurutera adalah wira tak didendang dan ia sesuatu yang menggembir­akan apabila Lewis berpeluang meraikanny­a bersama mereka.

“Baru-baru ini (Julai) kami melanjutka­n kontrak bersama Mercedes sehingga 2020 dan kami berharap dapat membantu pasukan mencapai kejayaan berganda lagi dalam tempoh tiga tahun ini (kejuaraan pemandu dan pengeluar),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HAMILTON (kiri) berselfie sebelum bermesra bersama penyokong pada majlis meraikan kejayaan selaku juara dunia F1 2017 di Petronas KLCC.
HAMILTON (kiri) berselfie sebelum bermesra bersama penyokong pada majlis meraikan kejayaan selaku juara dunia F1 2017 di Petronas KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia