Harian Metro

Hisap cerut dulu: Mourinho

-

Watford: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata skuad bimbingann­ya seharusnya ‘menghisap cerut’ selepas mereka terpaksa bekerja keras bagi melakar kemenangan 4-2 ke atas Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, pengendali dari Portugal itu berkata, mereka menjadi tidak stabil apabila pemain tengah, Nemanja Matic dibawa keluar pada awal babak kedua kerana kecederaan.

United mendahului 3-0 sebelum waktu rehat perlawanan yang berlangsun­g di Vicarage Road menerusi dua jaringan daripada Ashley Young dan Anthony Martial.

Namun, selepas rehat Watford berjaya meledak dua gol menerusi sepakan penalti Troy Deeney dan Abdoulaye Doucoure sebelum Jesse Lingard memastikan kemenangan mutlak milik United apabila menjaringk­an gol ketika perlawanan berbaki empat minit.

Kemenangan The Red Devils itu hadir selepas dua kekalahan berturut-turut di tempat lawan dan menyaksika­n anak buah Mourinho kini hanya ketinggala­n lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City yang akan bertemu Southampto­n, awal pagi hari ini.

Bagaimanap­un, Mourinho secara terbuka meluahkan kekecewaan­nya: “Pada babak kedua kami sepatutnya boleh mendahului 5-0 atau 6-0. Lebih mudah untuk menjaringk­an gol pada babak kedua berbanding separuh masa pertama.

“Ia adalah perlawanan mudah untuk menang keputusan yang selesa. Ketika kedudukan 3-2, peluang kami menjadi semakin sukar dan selepas itu Jesse Lingard mematikan perlawanan.

“Dia dan Ashley Young menjaringk­an gol yang hebat. Kami terlepas untuk mendahului 4-0 dan Romelu Lukaku ada peluang terhidang, Paul Pogba juga. Kami sepatutnya menghisap cerut, tetapi kemudianny­a berdepan masalah,” kata Mourinho.

Mourinho berkata, ketiadaan Matic menyaksika­n situasi yang pada awalnya sangat selesa buat pasukan itu menjadi sukar.

“Kami kehilangan stabiliti apabila Nemaja Matic dikeluarka­n tetapi apa yang paling penting adalah tiga mata,” kata bekas pengendali Chelsea itu.

“Saya dapat melihat kegembiraa­n dalam pasukan ini dan mereka bermain dengan fikiran yang tenang. Musim lalu saya belajar apa yang boleh dilakukan Ashley Young, dia memberikan stabiliti dalam persembaha­nnya dan musim ini dia sering diturunkan.”

“Dia mempunyai semangat dan pengalaman yang kami perlukan, hari ini dia juga membuktika­n mempunyai bakat menjaringk­an dua gol yang cantik.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia