Harian Metro

Kecewa Sime Darby tarik diri

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan juara Liga FAM musim ini, Sime Darby FC menarik diri dari menyertai Liga Malaysia selepas layak bertanding pada Liga Perdana 2018 amat mengecewak­an jurulatihn­ya, Ahmad Yusof.

Walaupun reda dengan keputusan itu namun jauh di sudut hatinya tetap terselit perasaan terkilan kerana tidak sempat melunaskan impiannya bersama pasukan.

“Saya menerima tawaran melatih Sime Darby dengan impian membawa pasukan ini kembali ke Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super.

“Sasaran pertama itu sudah kami capai apabila muncul juara Liga FAM musim ini. Jadi, saya merancang untuk merealisas­ikan pula impian kedua musim depan.

“Saya yakin dengan barisan yang ada, ditambah kemasukan beberapa pemain tempatan serta empat import, Sime Darby mampu memberi cabaran dalam Liga Perdana.

“Tapi, cita-cita itu tidak kesampaian apabila mereka mengambil keputusan menarik diri. Sebagai jurulatih, sudah tentu saya kecewa, begitu juga dengan pemain yang bertungkus-lumus membantu pasukan naik ke Liga Perdana,” ujar Ahmad.

Walaupun menghormat­i pendirian kelab namun Ahmad menganggap keputusan diambil Sime Darby itu sebagai satu langkah ke belakang serta merugikan pasukan.

“Ia ibarat kita sudah menebas serta menarah untuk naik ke bukit, apabila bukit sudah di depan mata, kita berpatah balik.

“Tapi, saya serta pemain perlu akur dengan keputusan itu. Sudah tentu mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat begitu.

“Malah, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kelab kerana memberi peluang saya menambahka­n ilmu kejurulati­han bersama mereka.

“Kejayaan membawa pasukan itu sebagai juara Liga FAM tetap menjadi kebanggaan saya,” kata Ahmad yang kini sedang mencari kelab baru untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih.

 ??  ?? PEMAIN Sime Darby FC meraikan kejayaan memenangi Piala FAM 2017 selepas mengalahka­n UKM.
PEMAIN Sime Darby FC meraikan kejayaan memenangi Piala FAM 2017 selepas mengalahka­n UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia