Harian Metro

Penantian salma terbayar Salma

- DARI MUKA 1

“Saya hanyalah penyanyi yang menyanyika­n lagu itu. Memang Akhirnya Cinta tak banyak dimainkan di stesen radio berbanding lagu penyanyi baru.

“Ia terpulang kepada penerbit stesen radio sama ada ingin memainkan lagu saya atau tidak. Yang pasti, pihak pengurusan saya, Wake The Baby sudah menjalanka­n tugas dengan baik mempromosi­kan Akhirnya Cinta,” katanya.

Diminta meluahkan pendapat apabila ada pihak mempertika­ikan lagu dendangann­ya itu layak ke AJL, ini jawapan Salma:

“Saya ada terbaca mengenai pertikaian itu di forum dan laman sosial. Jadi, berbalik kepada persoalan awal tadi, juri berasakan lagu ini layak atas beberapa sebab, tapi kerana kurang sokongan mereka rasa ia tak cukup popular dan tak layak bertanding.”

Ditanya mengenai perasaanny­a apabila diumumkan layak bertanding di AJL,

Salma nyata teruja dan menganggap penantiann­ya selama ini terbayar.

“Selepas tujuh tahun menantikan peluang ini, akhirnya lagu nyanyian saya layak ke AJL. Pada 2011, single pertama saya, Aku Permata hanya layak ke peringkat separuh akhir.

“Saya anggap ini sebagai rezeki. Bagaimanap­un, saya tak mahu terlalu yakin dan meletakkan harapan tinggi kerana takut kecewa seperti yang berlaku pada single pertama,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan, Salma secara ringkas memaklumka­n akan ada sedikit suntingan dalam susunan muzik Akhirnya Cinta.

“Ada beberapa bahagian yang saya akan ubah suai. Konsepnya, saya simpan sebagai kejutan. Apa yang pasti, ia akan tampak serasi dengan tema AJL32 yang menaikkan elemen fesyen,” katanya yang bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi. -Syafil Syazwan Jefri

Lagu nyanyian layak ke AJL selepas bersabar selama 7 tahun

 ??  ?? Ada beberapa bahagian yang saya akan ubah suai. Konsepnya, saya simpan sebagai kejutan
Ada beberapa bahagian yang saya akan ubah suai. Konsepnya, saya simpan sebagai kejutan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia