Harian Metro

Hayati peribadi Rasulullah

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Konsert Rapatkan Saf yang menyaksika­n persembaha­n lagu kerohanian dan tazkirah bakal berlangsun­g di AlHijrah Big Studio (ABS) jam 9 malam esok.

Acara bersempena sambutan Maulidur Rasul itu menyaksika­n artis dan pendakwah Nusantara membuat persembaha­n selawat, monolog ketuhanan serta zikir munajat.

Buat julung kalinya, konsert ini melakar sejarah kerana bukan saja kerana disiarkan secara langsung di TV AlHijrah tetapi turut mendapat kerjasama penuh rakan penyiar antarabang­sa.

Selain itu, konsert berkenaan turut ditayangka­n serentak di saluran televisyen utama negara iaitu TV1, Bernama TV, TV IKIM, dan saluran radio IKIM.fm.

Penyatuan kesemua penyiar utama dalam dan luar negara adalah pembaharua­n idea dalam menghayati peribadi Rasulullah

SAW, ketabahan serta kesungguha­n baginda dan sahabat dalam menegakkan syiar Islam.

Pada masa sama, konsert itu sebagai wadah terbaik dalam menyuntik dakwah selain menzahirka­n manifestas­i kesenian Islamik sebagai santapan rohani kepada penonton.

Konsert Rapatkan Saf akan membariska­n artis terkenal antaranya Ramli Sarip, Lah Ahmad, artis religi Indonesia , Rijal Vertizone, Fikri Yasir, Kumpulan Raihan, Hafiz Hamidun, Wani dan juga penampilan pertama Datuk M Nasir serta Hazama.

Turut memeriahka­n pentas konsert adalah pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Syed Kadir Al Joofre, Ustaz

Konsert Rapatkan Saf wadah terbaik dakwah selain

zahirkan manifestas­i kesenian

Islamik

Shahrizan Daud AtTurabi , Ustazah Isfadiah Dusuki, Pencetus Ummah Rozi Harun, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Luqman Nurhakim.

Pengacara pula adalah Ustaz Fadzli Aziz.

Stesen televisyen TV AlHijrah meyiarkan pelbagai program menarik sepanjang Disember ini antaranya Analisis Finaz Yunus, 3 Minit Ustaz, Masjid ke Masjid, Mimbar, Kalam Hikmah, Mai Ngaji, Negaraku #Table Talk SK dan Ustaz Pilot.

Maklumat Konsert Rapatkan Saf serta program lain TV Alhijrah boleh melayari laman sesawang www.tvalhijrah. com atau mengikuti laman social Facebook dan Instagram TV AlHijrah.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI
 ??  ?? M NASIR
M NASIR
 ??  ?? HAZAMA
HAZAMA
 ??  ?? HAFIZ
HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia