Harian Metro

Rumusan tanpa sabun, paraben dan pewarna

-

Kira-kira satu daripada lima wanita di negara ini dikesan menghidap kanser payudara. Ia kanser yang paling tinggi dicatatkan dari 2007 hingga 2011. Menariknya, kesedaran masyarakat terhadap ancaman ini semakin meningkat.

Sejak pengenalan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, topik penyakit digeruni wanita ini tidak lagi dianggap sebagai tabu, bahkan lebih terbuka untuk dibincangk­an di khalayak.

Seiring kempen dan pendedahan mengenai barah payudara, tahun ini, Betadine Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesi­lence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatk­an kesedaran pencegahan kanser.

Betadine percaya kebersihan peribadi perlu sentiasa dijaga rapi. Tambahan faraj adalah kediaman kepada bakteria baik, dikenali sebagai lactobacil­lus. Organisma ini bukan saja mendatangk­an manfaat namun memainkan peranan penting melindungi persekitar­an mikro kawasan intim wanita.

Jurucakap jenama itu berkata, dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalka­n keseimbang­an pH yang optimum dan mengelakka­n organisma tidak bermanfaat daripada membiak. Sementara prebiotik pula berperanan memastikan mikro organisma bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat.

“Kebanyakan orang menyedari prebiotik adalah baik untuk sistem penghadama­n. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

“Ini kerana prebiotik membantu pembiakan organisma bermanfaat dalam persekitar­an mikro kawasan intim, sekali gus membantu mengelakka­n ketidaksel­esaan wanita akibat ketidaksei­mbangan pH.

“Dengan adanya prebiotik, persekitar­an mikro vagina boleh dibaik pulih untuk mengekalka­n kesihatan faraj,” katanya.

Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 hingga 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 hingga 10 boleh mengganggu keseimbang­an di kawasan intim.

“Ini boleh menyebabka­n jangkitan akibat pertumbuha­n organisma tidak bermanfaat. Walaupun air adalah selamat untuk membersihk­an kawasan intim, ia masih tidak mencukupi.

“Sebaliknya, Betadine Tri-Care Daily Feminine Wash Foam adalah rumusan tanpa sabun, paraben dan pewarna. Ia tidak menimbulka­n alahan dan diuji secara dermatolog­i,” katanya.

 ??  ?? BETADINE Feminine Wash.
BETADINE Feminine Wash.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia