Harian Metro

KELANTAN SENAK

- Maiamalina Mohamed Amin, Muhamaad Razis Ismail, Siti Nor Hidayatida­yu Razali, Siti Rohana Idris, Mohamad Zulhairie Manzaidi, Siti Nadzirah Che Mud, Hazira Ahmad Zaidi dan Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my Kota Bharu

Bumi Kelantan yang ‘menangis’ sejak enam hari lalu, setakat ini hanya mengasingk­an satu jajahan saja lagi iaitu Gua Musang daripada mengalami limpahan air banjir.

Setakat jam 6.45 petang semalam, 100 Pusat Pemindahan Sementara

(PPS) sudah dibuka di sembilan jajahan di seluruh negeri ini untuk penempatan 11,915 mangsa membabitka­n warga emas, dewasa, kanak-kanak dan bayi.

Daripada jumlah itu, Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu 7,344 orang daripada 2,973 keluarga, diikuti Kota Bharu dengan 1,442 orang (360 keluarga) dan Tanah Merah 834 mangsa (18 keluarga).

Gua Musang bukannya ‘terlepas’ daripada banjir, sebaliknya fenomena yang berlaku ketika ini disebabkan hujan pantai sebagaiman­a dirujuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha yang merujuk keadaan dialami daerah lain.

Kamal berkata, hujan pantai membawa taburan hujan tinggi di jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli dan Kuala Krai.

“Banjir ini disebabkan hujan pantai, belum lagi (banjir akibat) hujan di hulu Kelantan (Gua Musang). Antara sebab jajahan itu tidak terjejas.

“Tetapi jika di hulu hujan lebat berterusan, berkemungk­inan membawa banjir yang lebih buruk. Kita perlu bersedia dari sekarang kerana ramalan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia) menunjukka­n hujan sedang menuju ke arah sana,” katanya.

Beliau juga menjangkak­an jajahan Tumpat akan dilanda banjir yang berlarutan pada Disember kerana terdapat empat episod air pasang besar sepanjang bulan itu.

Katanya, fenomena dijangka berlaku pada 2 Disember hingga 6 Disember; 8 Disember hingga 11 Disember; 16 Disember hingga 21 Disember dan 23 Disember hingga 31 Disember.

“Kami jangkakan air pasang antara 1.4 meter hingga 1.6 meter. Pada masa sama juga, Met Malaysia meramalkan hujan tetap berterusan bagi tempoh itu,” katanya yang menasihatk­an penduduk sentiasa mengikuti maklumat daripada pihak berkuasa untuk bersiap sedia lebih awal.

Menurutnya, paras air sungai utama di Kelantan sehingga jam 6 petang semalam tidak menunjukka­n perubahan ketara meskipun ada kenaikan minimum.

Katanya, Sungai Golok yang mencecah 10.52 meter mempunyai potensi untuk menurun sekiranya hujan tidak lebat.

“Rantau Panjang mengalami banjir disebabkan limpahan Sungai Golok dan air akan turun (mengalir) ke Tumpat pula. Sebab itu kita nasihatkan penduduk Tumpat bersedia kerana kemungkina­n mereka alami banjir lebih lama.

“Ada lokasi di sana yang mengalami banjir termenung dan (air) akan

Kami jangkakan air pasang antara 1.4 meter hingga 1.6 meter. Dalam masa sama juga, Met Malaysia meramalkan hujan tetap berterusan bagi tempoh itu”

Kamal

lambat surut,” katanya.

Sementara itu, penduduk di Kota Bharu turut melakukan persiapan kerana bimbang melihat paras Sungai Kelantan di Tambatan Diraja yang sudah meningkat sehingga 3.95 meter.

Kawasan berisiko adalah Kampung Sungai Keladi, Kampung Banggol, Kampung Cina dan Kampung Gong Kapur.

Penduduk Kampung Sungai Keladi, Nor Aida Ismail, 40, melahirkan rasa bimbang melihat paras air sungai yang semakin naik menyebabka­n dia dan suaminya, Azmi Mohd Noor, 47, menyimpan barang-barang di tempat lebih selamat.

Katanya, rumahnya juga berada di kawasan rendah dan sudah uzur yang akan menyebabka­n keadaan lebih buruk sekiranya dinaiki air.

“Saya harap rumah kami tidak naik air, tetapi apa-apa pun persiapan tetap dibuat demi keselamata­n kami dan lapan anak berusia tiga hingga 17 tahun,” katanya.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Yuslan Yusof pula menasihati mangsa banjir supaya menutup suis utama bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

“Begitu juga selepas mereka pulang ke rumah perlu membuat pemeriksaa­n terhadap suis utama dengan mendapatka­n bantuan kontraktor berdaftar dengan Suruhanjay­a Tenaga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH Bomba Kelantan Nazili Mohmood (tiga dari kanan) memberi nasihat kepada mangsa banjir, Nasir Ahmad, 68, ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Siput, Meranti, semalam.
PENGARAH Bomba Kelantan Nazili Mohmood (tiga dari kanan) memberi nasihat kepada mangsa banjir, Nasir Ahmad, 68, ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Siput, Meranti, semalam.
 ??  ?? PEMANDANGA­N udara menunjukka­n Rantau Panjang lumpuh berikutan limpahan air Sungai Golok.
PEMANDANGA­N udara menunjukka­n Rantau Panjang lumpuh berikutan limpahan air Sungai Golok.
 ??  ?? JURURAWAT Klinik Kesihatan Gual Periok, Nik Nur Aisah Nik Zul Azhar, 37, bersama bomba dan polis menyelamat­kan ibu mengandung.
JURURAWAT Klinik Kesihatan Gual Periok, Nik Nur Aisah Nik Zul Azhar, 37, bersama bomba dan polis menyelamat­kan ibu mengandung.
 ??  ?? KAMPUNG Meranti dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu lalu.
KAMPUNG Meranti dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu lalu.
 ??  ?? PENDUDUK Rantau Panjang keluar untuk bermain banjir di laluan utama pintu masuk Kompleks ICQS Rantau Panjang.
PENDUDUK Rantau Panjang keluar untuk bermain banjir di laluan utama pintu masuk Kompleks ICQS Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia