Harian Metro

RAJUK BAWA DIRI

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Lelaki OKU jadikan kotak, papan lapis sebagai ‘rumah’ di kaki lima kedai sejak tujuh bulan lalu

“Tiada siapa pun mahu hidup susah,” kata lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal yang menjadikan kotak dan papan lapis sebagai ‘kediaman’ di kaki lima kedai di Taman Selat di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Difahamkan, Mohd Tajuddin Osman, 53, mendiami ‘rumah’ berkenaan berikutan tiada tempat tinggal selepas keluar dari rumah di Tasek Gelugor berikutan masalah keluarga.

Mohd Tajuddin berkata, dia tidur di kaki lima kedai berkenaan dengan beralaskan kotak yang turut dijadikan ‘dinding’ bagi menghalang pandangan orang ramai.

“Akibat berdepan masalah dengan keluarga, saya membawa diri ke pusat bandar, malah meminta sedekah untuk membeli makanan kerana tiada wang manakala pakaian pula dicari dalam tong sampah atau kedai menjual pakaian terpakai,” katanya.

Mohd Tajuddin mendakwa dia pernah ditempatka­n di sebuah rumah perlindung­an di Jerantut, Pahang selama enam tahun, tetapi terpaksa keluar kerana tidak selesa selain bercampur dengan orang kurang siuman.

Katanya, dia bergelar OKU selepas terjatuh ketika kecil menyebabka­n tulang belakangny­a membengkok.

“Kalau boleh saya mahu berdikari kerana minat berniaga bagi mengubah nasib diri, tetapi masalah modal pula menjadi halangan,” katanya.

Katanya, dia juga terpaksa menggunaka­n kerusi roda ke pasar awam sejauh 200 meter untuk mandi dan ada kalanya hanya mandi mengunakan air hujan.

 ?? Mohd Tajuddin Osman
FOTO: ZULFA MOHAMAD ?? MOHD Tajuddin bergelar OKU selepas terjatuh ketika kecil menyebabka­n tulang belakangny­a membengkok.
Mohd Tajuddin Osman FOTO: ZULFA MOHAMAD MOHD Tajuddin bergelar OKU selepas terjatuh ketika kecil menyebabka­n tulang belakangny­a membengkok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia