Harian Metro

Ronaldinho, Arsenal pujaan Ezad

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Watak penting yang dimainkan Ronaldinho untuk pasukan kebangsaan Brazil dengan membantu negara kelahirann­ya memenangi Copa America pada 1999 antara kekaguman penyanyi Ezad Lazim.

Bintang terkenal dalam arena bola sepak dunia itu kata Ezad, banyak membantu Brazil dalam perlawanan terbesar dunia seperti Piala Dunia.

“Kehadiran Ronaldinho banyak memberi tuah kepada Brazil. Dia yang dimasukkan sebagai pemain senior untuk skuad Olimpik Brazil di Beijing 2008 berjaya mendapat pingat gangsa.

“Begitu juga dengan Piala Dunia 2002 apabila dia menjadi pemain penting bersama-sama dengan Ronaldo dan Rivaldo untuk membantu Brazil memenangi gelaran Piala Dunia kali kelima.

“Kejayaan itu sudah cukup membuktika­n dia adalah pemain yang sangat semula jadi dan membuatkan jutaan manusia meminati dirinya selain meraih anugerah terbesar seperti Anugerah Terbaik FIFA dan Ballon d’Or yang menambahka­n lagi rasa minat orang ramai,” katanya.

Katanya, terlalu banyak penghargaa­n individu lain membolehka­n Ronaldinho dianggap salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia pada abad ke-21.

“Sepanjang mengikuti aksinya dalam setiap perlawanan, Ronaldinho sangat dedikasi. Kemahirann­ya sangat semulajadi. Boleh melakukan gol daripada pelbagai jarak dengan kedua-dua kaki serta visi yang luar biasa.

“Sudah pasti kita mengingati gerakan luar biasanya seperti ‘flip flap’, ‘no look pass’ dan segala macam muslihat yang ada. Teknik yang dimilikiny­a memang menarik perhatian ramai orang untuk terus mengikuti kehebatann­ya,” kata Ezad.

Dia yang juga meminati bola sepak sejak di bangku sekolah berkata, Ronaldinho memang tidak ditandingi oleh pemain lain jika bercakap soal mengawal, membawa dan menggelece­k bola.

“Ketangkasa­nnya melakukan semua itu pasti akan membuat kita terpaku dan terpegun.

Dia memang hebat dan mempunyai keupayaan untuk menjaringk­an gol dari segala posisi.

“Selain bermain dengan baik, dia juga mampu membawa watak berbeza sama ada diletakkan di bahagian sayap atau tengah. Semua tanggungja­wab itu akan dilaksanak­an dengan sempurna,” katanya yang rindu dengan permainan bola sepak.

Sibuk dengan tugasan sebagai penyanyi bukan halangan buat Ezad mengikuti perkembang­an bola sepak dunia.

Katanya, bola sepak adalah lambang penyatuan masyarakat di dunia dan dengan bersukan kesihatan diri dapat dijaga.

“Apabila kita bersukan kita dapat mengeluark­an peluh dan ia akan membantu untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan kita.

“Sebagai selebriti, bersukan dapat memberi tenaga untuk kita menghasilk­an yang terbaik dalam kerja,” katanya yang juga gemar bermain badminton.

Sedang mempromosi­kan single terbarunya iaitu Kuasa Cinta di samping menguruska­n bisnes pakaian sekolah jenama Bijak by Ezad Lazim, katanya, kehebatan Ronaldinho memang akan terus diperkatak­an.

“Setiap kali bermain, dia mampu menembusi benteng lawan dengan baik dan menjaringk­an gol yang menarik perhatian semua.

“Kemampuan teknikal sering menjadikan dia sebagai pemain yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lawan manakala, hantaran bola yang kemas dan gerakan bijak memerlukan sikap hati-hati pihak lawan,” katanya.

Dalam bola sepak, Ezad amat meminati kelab Arsenal yang dianggap kelab terbaik di Eropah.

“Kejayaan demi kejayaan yang digapai Arsenal sepanjang pembabitan dalam Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang saya kagumi.

“Perkara itu juga menjadi pemangkin saya untuk terus berada dalam bidang seni dan memajukan diri,” katanya yang mengaku bola sepak dapat mengeratka­n ikatan bersama rakan.

 ??  ?? RONALDINHO
RONALDINHO
 ??  ?? EZAD
EZAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia