Harian Metro

Aktif tapi kesopanan terjaga

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Saiz agak labuh berbanding baju

berhud lain di pasaran

Kepelbagai­an fesyen Muslimah seperti blaus labuh, kardigan, skirt, seluar longgar, gaun dan jubah kini memenuhi keperluan wanita bertudung dalam berfesyen.

Malah, ia diserlahka­n dengan kombinasi tudung jenis selendang atau potongan baju berhud yang semakin menjadi pilihan.

Bukan saja mudah digayakan, ia juga memberi kelainan terutama bagi mereka yang gemar mencari satu keunikan dalam berfesyen.

Memberi pilihan kepada Muslimah, jenama Sha Zaha tampil dengan koleksi baju berhud iaitu Hoodie Lamia.

Menurut pengasasny­a, Nor Zaleha Hasan Basri, koleksi itu mempunyai keistimewa­an tersendiri iaitu saiznya yang agak labuh berbanding dengan baju berhud yang terdapat di pasaran.

“Agak sukar untuk mendapatka­n baju berhud yang mampu menjaga aurat dengan sempurna dan ia menjadi faktor utama kami menghasilk­an koleksi ini.

“Kami menggunaka­n fabrik Fleece antibulu, baju berhud ini tahan lasak walaupun digunakan berulang kali,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menawarkan lima pilihan warna iaitu hijau epal, kelabu avokado , biru beri, ungu anggur hitam dan merah ceri.

“Baju berhud ini dijual pada harga RM120 dan terdapat pilihan saiz sehingga 4XL. Sambutan diterima sehingga kini amat menggalakk­an bukan saja remaja malah untuk semua wanita.

“Kami yakin baju berhud ini mampu memberi keselesaan kepada pemakai dan ia sesuai untuk Muslimah yang aktif namun mahu mengekalka­n imej sopan,” katanya.

 ??  ?? SESUAI untuk wanita aktif.
SESUAI untuk wanita aktif.
 ??  ?? BAJU berhud yang istimewa.
BAJU berhud yang istimewa.
 ??  ?? SAIZ yang agak labuh membantu Muslimah untuk menutup aurat dengan sempurna.
SAIZ yang agak labuh membantu Muslimah untuk menutup aurat dengan sempurna.
 ??  ?? SELESA dipakai dan didatangka­n dalam pelbagai pilihan warna
menarik.
SELESA dipakai dan didatangka­n dalam pelbagai pilihan warna menarik.
 ??  ?? CANTIK dan terkini.
CANTIK dan terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia