Harian Metro

AIR PAIP TAK CUKUP

Tiga beranak tak sempat selamat dokumen pengenalan diri selepas rumah terbakar

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka diami musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Rancangan Sungai Manila, Batu 12, semalam.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi, penghuni rumah terdiri seorang wanita dan dua anaknya berusia 55 hingga 20 tahun hanya sempat keluar menyelamat­kan diri manakala dokumen pengenalan musnah akibat kebakaran.

Ketua Zon Enam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11 pagi.

“Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dihantar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 22 kilometer.

“Sebaik tiba, sebuah rumah dijilat api dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Anddre berkata, api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 12.49 tengah hari.

“Hasil siasatan awal, semua penghuni berada di dalam rumah ketika kejadian dan dilaporkan api bermula dari sebuah bilik.

“Mereka cuba memadamkan api dengan sumber air paip pada awalnya namun tidak berjaya sebelum masing-masing cuba menyelamat­kan diri keluar dari rumah terbabit,” katanya.

Katanya lagi, rumah itu dilaporkan musnah sepenuhnya dan menyebabka­n penghuni kehilangan barangan serta dokumen pengenalan diri masing-masing.

Tambah Anddre lagi, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung punca sebenar kejadian serta nilai anggaran kerugian dialami mangsa.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di Kampung Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia