Harian Metro

KEMARUK INTAI BAWAH KAIN

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Mangsa buat laporan dakwa diekori lelaki ‘gersang’ ketika berada di tempat letak kenderaan FAKTA Pihak pengurusan bangunan terima tiga aduan dalam tempoh beberapa

hari

Seorang lelaki dipercayai gila seks dikesan mengekori wanita terutama mereka yang memakai skirt pendek sebelum mengambil kesempatan untuk melihat dalam kain mangsa di sebuah bangunan menempatka­n pejabat di Kelana Jaya di sini, kelmarin.

Tindakan lelaki disedari seorang mangsa berusia 20-an yang membuat aduan kepada pengurusan bangunan berkenaan mengenai kejadian.

Jurucakap pengurusan bangunan yang mahu dikenali sebagai Cheah berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang menyedari lelaki berusia 30-an itu mengekorin­ya ketika berada di kawasan tempat letak kereta pada jam 8.30 pagi.

Katanya, wanita itu menyedari kehadiran lelaki berkenaan yang turut meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan dan dipercayai berkeliara­n di lokasi sekitar untuk mencari mangsa.

“Berdasarka­n aduan, mangsa mendakwa diekori dari belakang sebelum lelaki itu sengaja berbaring ketika wanita itu melangkah anak tangga dipercayai mahu melihat dalam kain mangsa.

“Lelaki itu kemudian berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum berpatah balik ke kenderaann­ya,” katanya.

Cheah berkata, pihaknya menerima aduan daripada tiga wanita yang mendakwa menjadi mangsa tindakan biadab lelaki berkenaan dalam tempoh beberapa hari lalu. “Sebaik mangsa memaklumka­n kejadian itu, kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan mendapati insiden itu benar-benar berlaku dan mangsa juga membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek mengekori mangsa sebelum melakukan perbuatan biadab itu.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek mengekori mangsa sebelum melakukan perbuatan biadab itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia