Harian Metro

KEDAI KOPI TERAPUNG

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Pelanggan tetap penuhi premis makan walaupun air naik

Tumpat

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Teluk Jering di sini, tetap meneruskan perniagaan seperti biasa biarpun premisnya dimasuki air sedalam 0.3 meter sejak Selasa lalu.

Biarpun, kini penduduk kampung itu sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), Azlina Abdullah, 45, masih tenang melayan pelanggan di kedai makannya.

Pelanggan tetap memenuhi kedainya seperti biasa biarpun perlu menikmati makanan dengan kaki berendam di dalam air seperti berada di dalam ‘kedai kopi terapung’.

Azlina berkata, dia enggan menutup kedainya itu kerana mahu membantu penduduk setempat mendapat bekalan makanan ketika musim banjir.

Katanya, kedainya mula beroperasi jam 7 pagi dan ditutup kira-kira jam 12 tengah malam untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.

“Ada dalam kalangan penduduk yang tidak berpindah terputus bekalan makanan dan akan makan di kedai ini sebelum mereka mencari stok makanan di kedai runcit.

“Alhamdulil­lah, biarpun kedai dimasuki air, pelanggan tetap ramai dan menjadi tumpuan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ditanya mengenai kehadiran ular atau lipan, Azlina mengakui agak bimbang dengan haiwan berbiasa itu terutama ketika musim tengkujuh.

“Setakat ini, belum ada dan kami sentiasa membuat pemeriksaa­n di sekitar premis untuk memastikan keadaan selamat kepada keluarga dan pelanggan yang datang,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN rendam kaki sambil menjamu selera.
PELANGGAN rendam kaki sambil menjamu selera.
 ??  ?? AZLINA melayan pelanggan yang datang ke kedai makannya biarpun dinaiki air.
AZLINA melayan pelanggan yang datang ke kedai makannya biarpun dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia