Harian Metro

Resipi daging ‘hidup kekal’

-

Kuala Lumpur: Wujud mitos daging kura-kura boleh memanjangk­an hayat manusia berikutan reptilia itu mampu hidup melebihi usia 100 tahun.

Ini dikatakan menjadi punca permintaan terhadap daging haiwan ini meningkat bagi memenuhi selera penggemar makanan eksotik.

Rangkaian pemantauan perdaganga­n hidupan liar Global TRAFFIC berkata, haiwan ini menjadi simbol ‘panjang umur’ dan mula menjadi makanan kegemaran mewah di China sejak zaman kuno lagi.

“Ramai percaya dakwaan daging kura-kura mempunyai khasiat. Memakannya bagi segelintir individu mampu membawa kekuatan, ketahanan dan panjang umur.

“Selain itu daging kura-kura didakwa boleh dijadikan ubat bagi menyembuhk­an pelbagai penyakit,” katanya.

Ini antara faktor rangkaian sindiket aktif menyeludup kura-kura ke China dan Hong Kong walaupun menyedari ia adalah jenayah mengikut Akta Perdaganga­n Antarabang­sa 2008.

“Tidak hanya kura-kura diseludup dari Asia Tenggara atau Asia Barat, malah sindiket turut mendapatka­n bekalan dari Amerika Syarikat dan Kanada.

“Malah terdapat kemungkina­n jumlah kura-kura diseludup melebihi jumlah gading gajah Afrika yang diseludup. Yang pasti aktiviti pemerdagan­gan haiwan dilindungi sangat mirip dengan pengedaran dadah,” katanya.

Ini berikutan harga hidupan liar ini di pasaran gelap boleh menjadi lebih mahal berbanding kokain atau heroin.

TRAFFIC sebelum ini melaporkan lebih 1,000 ekor kura-kura dan penyu dirampas membabitka­n penyeludup­an dari India ke Thailand dan Hong Kong.

Menurutnya, kura-kura hitam dan kura-kura lembut India

turut menjadi sasaran penyeludup­an menggunaka­n bagasi.

 ??  ?? ANGGOTA Perhilitan merampas kura-kura hitam yang diseludup di dalam kontena ketika operasi di Pelabuhan Klang tahun lalu.
ANGGOTA Perhilitan merampas kura-kura hitam yang diseludup di dalam kontena ketika operasi di Pelabuhan Klang tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia