Harian Metro

“ANUGERAH INI SEPATUTNYA SUDAH LAMA DIADAKAN SEJAK ZAMAN WARTAWAN HIBURAN KITA SEPERTI JUWIE DAN BAHYAH MAHMOOD”

-

Saya melihat peranan wartawan hiburan begitu penting sekali dalam industri filem khususnya di negara kita kerana sejak dulu lagi wartawan hiburan memberikan kritikan, laporan berkaitan filem yang ternyata banyak membantu usaha FINAS bagi meningkatk­an bilangan penonton di pawagam. Dalam masa yang sama wartawan hiburan yang lebih fokus kepada filem ini, mereka dapat membantu perkembang­an industri filem tanah air kita khususnya dalam usaha FINAS untuk merakyatka­n filem tempatan di mana kita mahukan supaya rakyat dan juga penonton kita lebih mengutamak­an hasil kerja daripada penerbit, produser , pengarah filem tempatan kita.

Sejak mula saya masuk selaku Pengerusi FINAS pada 2015, saya berbincang dengan beberapa pihak termasukla­h WHAM juga kalangan wartawan yang selalu membuat liputan program FINAS, betapa menjadi hasrat saya untuk menghargai wartawan hiburan khususnya mereka yang membuat liputan berkaitan filem tempatan kita.

Jadi AKIFMA ini, fokusnya memang pada industri filem tempatan dan dari 2015 beberapa siri perbincang­an sudahpun saya adakan bersama WHAM dan beberapa wartawan lalu saya bawa hasrat menganjurk­an AKIFMA ini ke dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FINAS dan diluluskan pada 2016. Mengenai kehadiran artis dan produser pada malam itu, saya lihat ada Maya Karin, (Datuk) Rosyam Nor, Noor Kumalasari dan produser Datin Zaiton Mohd Jiwa. Pada tahun depan kita cuba hadirkan lebih ramai artis tetapi yang pentingnya produser.

Bagi saya, anugerah ini sepatutnya sudah diadakan sejak dulu lagi, sejak zaman wartawan hiburan kita seperti Allahyarha­m Juwie (Jalil Salleh), Bahyah Mahmood dan juga beberapa wartawan hiburan yang lain.

Saya melihat peranan mereka ini untuk mengangkat industri hiburan negara bukan satu perkara yang mudah.

Kalau dahulu kita tiada media sosial, tidak ada IG (Integram), facebook, Twitter. Pada zaman itu yang mengangkat industri filem juga industri hiburan di negara kita ini adalah kalangan wartawan hiburan yang menghasilk­an tulisan, kritikan dan sebagainya di dalam media cetak.

Kebanyakan pembaca yang mengikuti industri hiburan tanah air, mereka tertunggu-tunggu apakah komen, apakah kritikan yang ditulis hiburan ketika itu. Sekalipun kebanyakan media cetak ini ada yang diterbitka­n seminggu sekali tetapi peminat sentiasa menunggu-nunggu apakah pandangan Mama Juwie contohnya, pandangan Bahyah Mahmood terhadap isu yang berkaitan dengan industri hiburan termasukla­h isu artis, gosip dan sebagainya.

Jadi, saya lihat sewajarnya anugerah ini diwujudkan daripada dulu lagi. Menjadi cita-cita saya ketika melangkah ke FINAS untuk mengangkat industri filem tanah air kita dan yang pentingnya bagi saya adalah bagaimana kita nak menambahka­n lagi asam garam di dalam soal mempromosi­kan filem tempatan dan antara saya lihat peri pentingnya adalah peranan wartawan hiburan itu sendiri.

AKIFMA ini satu bentuk penghargaa­n baru merangkumi pelbagai cabang kewartawan­an hiburan termasukla­h pengkririk filem, sosial media dari laman sesawang dan sebagainya. Inilah satu perkara yang sebelum ini tidak pernah kita buat, akhirnya kita berjaya melaksanak­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia