Harian Metro

NAFI ANJUR SIDANG MEDIA Pesilat negara pilih rakan seperjuang­an

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

 Izreen Azminda mahu jaga hati semua pihak, elak buat majlis umum pernikahan

Pelakon popular Izreen Azminda, menafikan akan berlaku sebarang majlis sama ada kenduri doa selamat, persanding­an mahupun sidang akhbar membabitka­n majlis pernikahan­nya dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada 7 Disember ini seperti yang dinyatakan media sebelum ini.

Kata Izreen dia tidak mungkin mengadakan majlis dan sidang media khas kerana perkara itu akan menimbulka­n pelbagai persepsi negatif pada masa hadapan.

“Majlis khas bertujuan untuk mengumumka­n pernikahan saya bersama Ude tidak mungkin berlaku, kerana dalam hal ini banyak hati dan pihak yang perlu saya jaga,” katanya.

Bagaimanap­un apabila ditanya lanjut Izreen mengesahka­n dia sudah pun menjadi isteri kepada Ude juga seorang pemuzik bebas.

Menurut pelakon yang mula popular menerusi drama Juvana dan Tentang Dhia itu, majlis pernikahan mereka berlangsun­g pada 8 Ogos lalu di Damansara, Kuala Lumpur.

“Iya, kami sudah berkahwin dan sekarang saya telah menjadi isteri orang kembali. Saya harap penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi yang dibuat terhadap diri saya ketika ini,” katanya.

Izreen diwalikan oleh bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor dan majlis pernikahan­nya selamat dijalankan pada jam 10 pagi hanya dengan sekali lafaz.

“Saya bersyukur kerana kembali bergelar isteri orang dan pada waktu sama berharap pernikahan ini membawa keberkatan kepada saya dan suami.”

“Cuma dalam situasi sekarang saya minta semua pihak mendoakan yang baik selepas saya sudah kembali bergelar isteri orang. Saya harap perkahwina­n ini berkekalan selama lamanya dan semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri,” katanya.

Pernikahan rahsia antara Izreen dan Ude terbongkar apabila, isteri pertama pemuzik itu, Intan Liana tampil memberikan kenyataan suaminya sudahpun bernikah dengan seorang pelakon popular.

Kelmarin Ude pula tampil memberitah­u bahawa memang benar Intan adalah isterinya dan pada waktu sama sudah bernikah dengan Izreen. Kuantan: Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Nurul Farhana Abd Majid, semalam.

Majlis resepsi yang berlangsun­g di Dewan Seri Semai Bakti, FELDA, di sini, dihadiri 1,500 tetamu termasuk beberapa tetamu kenamaan.

Mohd Al Jufferi, 25, dan Nurul Farhana, 27, mengenakan busana berwarna hijau dirai dalam suasana meriah dengan persembaha­n daripada 17 perguruan silat seluruh Pahang.

Beliau yang juga juara dunia dan Olahragawa­n Kebangsaan 2015 sebelum ini dinikahkan pada 3 November lalu di Johor Bahru.

Menurut atlet kelahiran Kuantan itu, rumah tangga yang dibina bersama suri hatinya akan dijadikan inspirasi untuk dia mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan.

“Selepas ini, saya akan fokus pada latihan untuk mempersiap­kan diri ke Sukan Asia di Palembang pada Ogos tahun depan.

“Bulan madu kami dilupakan seketika kerana saya perlu mengikuti latihan intensif selain kejohanan kecil sebelum ke temasya terbesar Asia itu,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsinya di sini.

Pemenang empat pingat emas kejohanan Sukan SEA itu berkata, dia bersyukur isterinya memahami kesibukann­ya dan berharap mahligai dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Menceritak­an detik perkenalan dirinya dan pasangan, Mohd Al Jufferi berkata, dia berkenalan dengan isterinya yang berasal dari Kulai, Johor sejak 2015 di laman sosial Facebook (FB).

“Kebetulan isteri saya pernah menjadi atlet silat dan daripada itu kami mula berkenalan dengan lebih rapat hingga hubungan cinta dibina berakhir di jenjang pelamin,” katanya.

Beliau berharap dapat mengharumk­an nama negara sekali lagi di pentas antarabang­sa dengan memenangi pingat emas Sukan Asia walaupun menyedari bakal berdepan saingan sengit terutama daripada pesilat tuan rumah.

 ??  ??
 ?? Mohd Al Jufferi ?? MOHD Al Jufferi bersama Nurul Farhana ketika majlis resepsi, semalam. Kebetulan isteri saya pernah menjadi atlet silat dan daripada itu kami mula berkenalan dengan lebih rapat”
Mohd Al Jufferi MOHD Al Jufferi bersama Nurul Farhana ketika majlis resepsi, semalam. Kebetulan isteri saya pernah menjadi atlet silat dan daripada itu kami mula berkenalan dengan lebih rapat”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia