Harian Metro

Permintaan ASFA50 meningkat tiga kali ganda

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah, sejak durian ASFA50 disiarkan akhbar ini, kami tidak menang tangan apabila jualan benih meningkat tiga kali ganda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Super Tech Industrial Sdn Bhd, Datuk Ferri Anugerah Makmur, pemasar utama durian baka baru ASFA50.

Menurut Ferri, sejak Harian Metro menyiarkan laporan dua hari berturut-turut mengenai durian ASFA50 bermula Isnin lalu, pihaknya menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa termasuk rakyat Jepun serta Belanda.

“Saya nak ucap terima kasih kepada Harian Metro yang mula-mula siarkan berita ini, sebelum ia turut menarik perhatian akhbar tempatan lain serta media Singapura melaporkan­nya.

“Bagi saya, satu lagi keunikan ASFA50 ia benar-benar menyahut konsep seruan 1Malaysia apabila ramai orang awam pelbagai bangsa berpusu-pusu datang membeli anak pokok ASFA50 termasuk orang Jepun dan Belanda.

“Biasanya, dalam sebulan hanya 100 anak benih dijual, tetapi kini meningkat kepada 300 pokok, saya yakin kita mungkin boleh capai sasaran antara 500 hingga 800 anak pokok lagi pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, sambutan bukan saja menggalakk­an di Semenanjun­g malah turut mendapat permintaan tinggi dari Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Kami terima permintaan tinggi dari Singapura, Sabah dan Sarawak namun isunya tanah yang ada pada benih itu tidak melepasi syarat memasuki pasaran di sana.

“Agak mustahil akar boleh bertahan lama tanpa tanah sepanjang tempoh penghantar­an, ia mungkin boleh merosakkan dan mematikan anak benih.

“Saya harap pihak berkaitan membantu dengan mencari kaedah sesuai bagaimana mengatasi masalah ini supaya ia dapat menembusi pasaran luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia