Harian Metro

Separuh datang untuk tengok Kinabalu

-

dengan Kilometer 6.5 iaitu kawasan laluan lama ke puncak Gunung Kinabalu.

“Lokasi lain juga di kawasan sepanjang laluan baru ke Gunung Kinabalu iaitu

“Ia dijalankan sebanyak empat siri. Siri pertama dilaksanak­an pada 20 hingga 23 September 2015 membabitka­n empat kakitangan Bahagian Penyelidik­an dan Pendidikan Taman Kinabalu dan dua penuntut dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Unit Botani Taman Kinabalu.

“Sebanyak 3,501 pokok orkid yang tergolong dalam dua spesies iaitu dan yang diambil di kawasan runtuhan berhampira­n dengan Kilometer 6.5 dan dipindahka­n ke kawasan berhampira­n dengan kawasan bangunan penginapan Gunting Lagadan.

“Di lokasi kejadian di laluan pendakian baru di Gunung Kinabalu, sebanyak 4,480 pokok orkid daripada spesies

diselamatk­an dan dipindahka­n dari kawasan asal ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Matsain berkata, siri dua operasi itu dilaksanak­an 28 September 2015 yang mengambil masa lima hari dan meliputi laluan baru ke puncak

Ranau: Semua pihak termasuk Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Sabah sudah mengambil langkah terbaik bagi meringanka­n isu atau masalah susulan gempa bumi pada 5 Jun 2015 lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, ia turut mendapat kerjasama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

Bagaimanap­un, pihaknya mengingatk­an mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kerana terjejas dengan bencana alam berkenaan supaya segera berhubung dengan agensi berkaitan.

“Bagi kerajaan negeri, saya ingin mengingatk­an semula kejadian gempa bumi yang menyebabka­n kerosakan harta-benda dan mengorbank­an nyawa 14 pendaki dan empat malim gunung.

“Bagaimanap­un, jika ada pihak yang masih memerlukan bantuan kerana kejadian itu, boleh tampil ke depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2017, di sini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, status Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO turut memerlukan pembabitan masyarakat setempat dalam memberi penerangan kepada pelancong mengenai adat dan pantang-larang yang perlu diikuti ketika berada di Gunung Kinabalu.

Katanya, memandangk­an mereka lebih memahami perkara terbabit.

“Tahun lalu, Sabah menerima kira-kira 3.4 juta pelancong dengan separuh daripada jumlah itu datang ke Taman Kinabalu untuk melihat Gunung Kinabalu.

“Masyarakat setempat yang majoritiny­a daripada kaum Dusun boleh memainkan peranan untuk mendidik pelancong mengenai adat, bahasa dan usaha pemelihara­an alam sekitar di kawasan ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memulihara dan mengekalka­n alam semula jadi di negeri ini supaya ia dapat diwarisi oleh generasi masa depan.

“Taman Kinabalu adalah rumah kepada 887 spesies orkid dan 30 peratus daripada jumlah itu adalah spesies Borneo. Selain itu, 90 spesies adalah endemik Taman Kinabalu.

“Bukan itu saja, ada sebanyak 1,249 spesies mamalia, 688 spesies burung di Borneo dan 53 spesies burung di Taman Kinabalu di samping 340 spesies ular, 924 spesies katak dan 3,068 spesies ikan,” katanya.

 ??  ?? ORKID Paphiopedi­lum Dayanum atau Orkid Selipar yang terdapat di Gunung Kinabalu.
ORKID jenis Coelogyne SP atau Orkid Rantai yang selamat.
ORKID Paphiopedi­lum Dayanum atau Orkid Selipar yang terdapat di Gunung Kinabalu. ORKID jenis Coelogyne SP atau Orkid Rantai yang selamat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia