Harian Metro

KEKASIH KENA CEKUP

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Isteri suspek turut ditahan

bagi bantu siasatan

Polis menahan suami isteri kedua-duanya berusia 46 tahun susulan penemuan mayat wanita dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit di Mambang Diawan di sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 2 petang itu, S Letchumi, 28, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di leher dan kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar Superinten­dan Ng Kong Soon berkata, kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan malam semalam dan siasatan awal mendapati mangsa adalah teman wanita suspek lelaki terbabit.

“Suspek wanita ditahan di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar manakala suspek lelaki ditahan di rumahnya di Bandar Baru Kampar.

“Kedua-dua suspek direman enam hari hingga Khamis untuk siasatan lanjut,” katanya dihubungi, semalam.

Ng berkata, mayat mangsa yang sebelum ini dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar dipindahka­n ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah mendapati mangsa mati akibat dipukul bertubi-tubi di kepala.

“Pakar patologi turut mengesahka­n berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa. Sampel darah mangsa diambil untuk dianalisis,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Letchumi dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalk­an di ladang kelapa sawit terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia