Harian Metro

BUDAK GIAN PIL KUDA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Seawal usia 12 tahun kanak-kanak lelaki ini sepatutnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran apatah lagi dia bakal menginjak ke alam persekolah­an peringkat menengah pada bulan depan.

Namun faktor masalah keluarga, selain pengaruh buruk bapanya menyebabka­n dia terjebak ke kancah kehidupan hitam selepas dikesan positif dadah.

Kanak-kanak berkenaan antara empat ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan di sekitar taman perumahan Inderapura di sini, kelmarin selepas dipercayai terbabit dengan gejala penagihan dadah.

Sumber AADK berkata, kanak-kanak itu dikesan mengambil dadah jenis pil kuda sejak beberapa bulan lalu, selain mendakwa faktor bapanya yang juga penagih menjadi penyebab dia terjebak dengan najis dadah.

“Kanak-kanak itu ditahan di rumahnya jam 9 malam selepas kami menerima aduan mengenai aktiviti dia dan rakannya yang sering melepak, selain mengganggu ketenteram­an awam.

“Pihak kami melakukan risikan dan siasatan sebelum menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan kanak-kanak itu,” kata sumber.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan bapa kanak-kanak terbabit berada di rumah dan memberi kerjasama kepada AADK selepas ujian air kencing dijalankan ke atas anaknya.

Katanya, kanak-kanak

AADK tahan kanak-kanak 12 tahun mengaku terjebak akibat pengaruh bapa

terbabit dibawa ke ibu pejabat AADK Kuantan untuk tindakan lanjut dan ibu bapanya akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Sumber memaklumka­n kes kanak-kanak itu dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan program pemulihan akhlak akan diatur bagi mengelakka­n dia terbabit dengan masalah sosial.

 ??  ?? BUDAK 12 tahun yang ditahan
AADK.
BUDAK 12 tahun yang ditahan AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia