Harian Metro

Sindiket tipu guna nama Sarjan Alias, Inspektor Imran

-

Sindiket penipuan dikesan menggunaka­n taktik popular iaitu menyamar pegawai polis dengan pelbagai nama seperti Sarjan Alias dan Inspektor Imran untuk menggertak sebelum mengarahka­n mangsa memindahka­n wang ke akaun mereka.

Dalam kejadian terbaru, dua individu masing-masing rugi RM14,200 dan RM4,500 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket di dua lokasi berasingan di daerah ini, kelmarin.

Kejadian pertama membabitka­n pegawai syarikat swasta berusia 40 tahun yang menerima panggilan daripada lelaki mengaku pegawai bank di Terengganu yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM30,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian itu mangsa menafikan membuat pinjaman dan suspek memberitah­u kemungkina­n data peribadiny­a disalah guna individu lain.

“Lelaki itu menyambung­kan mangsa ke talian lain yang didakwa Ibu Pejabat

Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebelum bercakap dengan Sarjan Alias yang memaklumka­n semakan MyKad mendapati mangsa terbabit dengan kes dadah serta penipuan wang,” katanya.

Mangsa dihubungka­n dengan Inspektor Imran yang memintanya memindahka­n wang RM14,200 bagi mengelak akaun bank dibekukan.

“Mangsa yang terpedaya melakukan transaksi ke akaun bank lain, selain dilarang memaklumka­n perkara itu kepada sesiapa dalam tempoh dua jam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia