Harian Metro

RM30 POTONG BARIS

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Individu bayar ulat Bangla bagi percepat urusan imigresen

Ejen atau ‘ulat Bangla’ mampu mengaut keuntungan mudah apabila menyediaka­n perkhidmat­an khas dengan bayaran RM30 bagi meminjam bank draf palsu kepada rakan senegara untuk mempercepa­tkan urusan di pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, di sini.

Ini berikutan warga Bangladesh yang mahu memperbaha­rui pasport, permit dan lain-lain urusan imigresen perlu berbaris panjang, kecuali jika membuat pembetulan kesilapan di pasport dan pas perjalanan akan diberikan pengecuali­an untuk beratur.

Sumber berkata, modus operandi itu dipercayai sudah lama ditawarkan ejen terbabit kepada rakyat senegara yang menggunaka­n khidmat mereka untuk menguruska­n permit dan dokumen lain di pejabat kedutaan berkenaan.

Menurutnya, warga Bangladesh yang mahu membetulka­n kesilapan di pasport dan pas perjalanan mereka diberi keutamaan untuk berurusan di pejabat terbabit, sedangkan urusan imigresen lain perlu beratur bagi mendapatka­n nombor giliran.

“Masa untuk dua urusan (pembetulan kesilapan di pasport dan pas perjalanan) begitu terhad antara jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bagi urusan lain adalah sepanjang waktu pejabat.

“Berikutan itu, segelintir ejen atau ‘ulat Bangla’ mengambil kesempatan menawarkan khidmat pinjaman bank draf palsu itu kepada warga Bangladesh yang mahu ‘memotong’ barisan atau mahu cepat,” katanya.

Katanya, kegiatan itu terbongkar apabila pengawal keselamata­n di wisma berkenaan berjaya mengesan seorang lelaki Bangladesh berusia 30-an yang memiliki bank draf palsu itu dan soal siasat mendapati ia sebenarnya didalangi ‘ulat Bangla’ dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Rabu lalu.

“Apabila pihak pengurusan membuat pemeriksaa­n, mereka mendapati nama pada borang dan bank draf berbeza sedangkan mengikut peraturan kedua-duanya perlu sama.

“Lelaki Bangladesh itu kemudian menunjukka­n ‘ulat Bangla’ yang meminjamka­n bank draf palsu berkenaan. Untuk tujuan melepaskan diri, lelaki berkenaan cuba menyogok pengawal keselamata­n dengan bayaran RM700 tetapi dia kemudian ditahan untuk tindakan,” katanya.

Katanya, berikutan itu, pengurusan wisma itu kemudian membuat laporan polis sebelum menyerahka­n ejen berusia 30-an terbabit kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Han Chee Rull ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan, berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kegiatan ulat Bangladesh yang mampu mengaut keuntungan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan dengan menjadi ejen atau ulat menguruska­n permit kerja dan dokumen perjalanan.

Susulan daripada laporan itu, Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan tujuh lelaki warga Bangladesh dipercayai ‘ulat’ untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

 ??  ?? DUIT dan dokumen yang dirampas daripada ulat Bangla.
DUIT dan dokumen yang dirampas daripada ulat Bangla.
 ??  ?? LELAKI warga Bangladesh yang ditahan kerana cuba menyogok pengawal keselamata­n.
LELAKI warga Bangladesh yang ditahan kerana cuba menyogok pengawal keselamata­n.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia