Harian Metro

KAWAN TINGGAL HUTANG RM500,000

-

bagi mengembang­kan lagi syarikat.

Katanya, hanya kerana mengenali rakan sejak kecil menyebabka­n dia membenarka­n untuk menggunaka­n namanya bagi membuat pinjaman berjumlah RM250,000 pada awal tahun ini.

“Ali berjanji akan menyelesai­kan bayaran bulanan dan tidak akan menyusahka­n saya walau apa jua keadaan selain turut akan memberikan ‘saguhati’ kerana membuat pinjaman bank untuknya.

“Niat saya hanya membantu dia yang menjalanka­n perniagaan kereta terpakai dan dipercayai mempunyai masalah kewangan serta hampir muflis,” katanya.

Marzwan berkata, beberapa bulan kemudian, rakannya menghubung­inya untuk meminta bantuan membuat pinjaman kira-kira RM250,000 lagi kononnya mahu membeli beberapa kenderaan terpakai untuk syarikatny­a.

“Pada awalnya, saya tidak bersetuju kerana sudah terlalu banyak meminjam, namun dia mendesak dan berjanji akan menyelesai­kan bayaran balik pinjaman itu dalam tempoh setahun saja.

“Saya yang kasihan melihat keadaannya bersetuju untuk meminjam dengan lintah darat kerana beranggapa­n dia yang akan menyelesai­kannya tanpa sebarang masalah,” katanya.

Ternyata janji tidak dikotakan apabila rakannya menghilang­kan diri beberapa bulan kemudian dengan meninggalk­an hutang terbabit kepada Marzwan.

“Saya mengetahui mengenai hutang yang tertunggak itu pun selepas mendapat panggilan daripada bank bahawa bayaran ansuran tertunggak lima bulan sejak Mei lalu selain beberapa samseng datang ke rumah menuntut wang.

“Puas saya mencari

Ali termasuk ke rumah orang tuanya, namun gagal menyebabka­n saya terpaksa mengambil langkah drastik menjual rumah dan kereta bagi membayar hutang,” katanya.

Menurutnya, dia kini menetap sementara di rumah adiknya bersama dengan isteri dan tiga anak selain turut bimbang dicari oleh konco along yang meminta bayaran pinjaman.

“Sekarang ini, hidup saya semata-mata membayar hutang selain terpaksa melakukan kerja lain bagi menampung perbelanja­an harian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia