Harian Metro

Tempoh bertunang untuk kenal rapat

-

bertunang dengan seorang wanita yang baru dikenali.

Selepas beberapa bulan mengenalin­ya dengan baik, saya bertindak memutuskan hubungan itu kerana berasakan tiada persefaham­an antara kami.

Saya mengerti kesedihan wanita dan keluarga keduadua pihak tetapi saya percaya, fasa pertunanga­n ini adalah masa terbaik mengenali bakal pasangan.

Adakah saya berdosa kerana melukakan hati ramai pihak dengan keputusan itu?

Sufian Seremban

ialah perkara yang disunatkan dan ia mempunyai banyak hikmah. Antaranya, mengenal hati budi masingmasi­ng supaya mudarat yang lebih besar dapat dielakkan.

Juga risiko berpisah ketika pertunanga­n pasti lebih rendah berbanding perpisahan yang berlaku selepas perkahwina­n akibat tidak kesefahama­n begini.

Sabda Rasulullah SAW; “Jauhilah oleh kamu semua prasangka kerana prasangka itu adalah ungkapan paling dusta. Dan janganlah kamu tercaricar­i aib orang lain, jangan pula saling menebar kebencian dan jadilah kamu orangorang yang bersaudara.

“Janganlah seorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya hingga dia menikahiny­a atau meninggalk­annya.” (HR AlBukhari)

Harus dibatalkan pinangan dan tidak berdosa. Cuma sudah jadi adat, ketika bertunang memberikan tanda seperti cincin belah rotan dan lainlain.

Ada ulama yang mewajibkan supaya dipulangka­n sebarang hadiah atau haruslah dibayar ganti rugi tetapi ada juga ulama yang menyatakan tidak perlu dipulangka­n.

Dalam hal ini, andai ditakdirka­n putus tunang, hendaklah berbincang dengan sebaikbaik­nya supaya tiada pertelingk­ahan pada kemudian hari. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia