Harian Metro

Ambil teladan bukti cinta Rasulullah

-

Daripada Abu Qatada, sesungguhn­ya Rasulullah

SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin. Maka baginda menjawab, maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.” (Riwayat Muslim)

Ini menunjukka­n bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirann­ya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika baginda berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur atas kelahirann­ya, begitu juga bagi umatnya.

Selain berpuasa pada hari Isnin Rasulullah turut membaca alQuran, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah atau melakukan perbuatan yang baik.

Ini membuktika­n tidak menjadi kesalahan bagi Nabi Muhammad menyambut hari kelahiran baginda. Bahkan sambutan Maulidur Rasul itu menjadi satu peringatan buat kita untuk refleksi diri sepanjang tahun.

Pengajaran tersirat yang harus diambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul adalah kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan­nya sebagai teladan dalam mengharung­i liku kehidupan.

Persoalann­ya bagaimanak­ah kita mahu mencontohi­nya jika kita tidak tahu kisah baginda dan bagaimana kita mahu istiqamah mengikuti sunahnya jika sebut namanya, kita tidak berasa apaapa.

Malah tidak pernah menitiskan air mata tatkala mendengar keperitan yang dirasai Rasulullah dalam memperjuan­gkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini.

Rasanya kita lebih terharu membaca novel dan menonton drama cinta daripada kisah kemuliaan baginda, malah kita lebih mengenali artis berbanding kekasih Allah ini.

Apabila ditanya berkenaan artis atau pemain bola pasti ramai yang kenal. Tetapi apabila ditanya mengenai Rasulullah, masih ada lagi antara kita gagap menjawab.

Inilah yang berlaku terhadap generasi kita hari ini. Kita mengaku sebagai umatnya tetapi masih ada lagi yang tidak mengenali siapakah tokoh hebat ini. Kita mengaku pengikut Nabi Muhammad SAW tetapi kita malu mengamalka­n sunahnya.

Sekiranya kita imbas kembali sejarah generasi terdahulu, bukan sekadar hebat tetapi luar biasa. Ini kerana mereka diperkenal­kan dengan kisah nabi Allah ini. Walaupun tidak pernah bersua tetapi mereka mampu mencontohi dan mengikuti sunah Rasulullah.

Mereka bersemanga­t mencontohi akhlak baginda kerana benar-benar mengetahui kisah dan kehebatan yang ada pada insan mulia itu. Antara kisah yang menceritak­an kecantikan akhlak baginda, “engkau bukan seperti yang biasa datang”. Lontaran kata-kata itu menyebabka­n Saidina Abu Bakar menahan tangis.

Si pengemis Yahudi buta mengatakan bahawa yang menyantuni­nya saban pagi dan sentiasa menghalusk­an makanan sebelum disuapkan ke mulutnya.

Layanan yang diterimany­a kini cukup berbeza sedangkan dia tidak mengetahui yang melayaniny­a sebelum ini adalah insan yang sering kali dicaci dan difitnah olehnya.

Insan yang selalu dicemuh tetapi tidak pernah jemu mendatangi­nya dengan membawa makanan. Itulah insan agung, Rasulullah SAW.

Kehebatan dan ketinggian akhlak Rasulullah membawa sinar hidayah kepada manusia lain biarpun selepas kewafatann­ya. Benarlah apa yang diungkapka­n dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhn­ya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Budi pekerti yang dipamerkan Baginda tidak luntur disebabkan kebencian dan kemarahan yang melingkari kehidupan bahkan kesabaran menjadi benteng paling utuh dalam memberikan contoh terbaik.

Penting bagi setiap ibu bapa bercita-cita melahirkan anak yang berakhlak tinggi. Mereka wajib menjadikan Rasulullah sebagai idola bagi melahirkan generasi yang berakhlak tinggi.

Ibu bapa perlu hidupkan sunah Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah. Bagaimana kita boleh mengingink­an generasi yang berakhlak terpuji sedangkan kita tidak pernah perkenalka­n insan yang memiliki akhlak paling sempurna ini kepada anakanak?

Betapa penting konsep mengenali kerana dengan kenal, akan terbit rasa sayang dan cinta. Rasa sayang dan cinta itulah yang menjadikan kita mendapat inspirasi dan menjadikan tokoh hebat ini sebagai idola, insya-Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia