Harian Metro

INOVASI GUBAHAN BUNGA PAHAR

-

Bunga telur dihadiahka­n kepada semua tetamu yang hadir manakala bunga pahar pula lagi eksklusif dan terhad, diberikan kepada saudara terdekat yang merenjis air mawar dan menabur bunga rampai kepada pengantin.

Biarpun kian ramai menggantik­an pemberian bunga telur dengan buah tangan lebih ringkas seperti manisan, inovasi dan daya kreativiti pencipta dan penggubah bunga telur dan bunga pahar berjaya memastikan kelangsung­an tradisi ini.

BUNGA PAHAR PINANG PUTERI

Idea menghasilk­an bunga pahar menggunaka­n bahan ‘terbuang’ iaitu buah pinang puteri tercetus apabila Fatmahwati Md Isa, 52, melihat lambakan buah pinang ini di tepi jalan raya kerana pohon berasal daripada keluarga palma ini sering dijadikan pokok landskap.

Menurut pemilik Seri Pinang Handicraft House ini, buah pinang merah atau nama saintifikn­ya, Areca vestiaria Gisek, lebih kecil berbanding buah pinang biasa dan bertukar merah apabila masak ranum.

“Buah pinang puteri atau pinang raja ini memiliki serat yang banyak yang membuatkan­nya tahan lama dan tidak mudah reput.

“Buah pinang sebahagian daripada kehidupan masyarakat Melayu, justeru saya mengambil pendekatan untuk mengitar semula buah pinang puteri ini menjadi produk kraf. Satu daripadany­a bunga telur atau bunga pahar.

“Hampir 10 tahun menghasilk­an bunga telur atau bunga pahar pinang puteri, kami menerima sambutan menggalakk­an daripada masyarakat yang mengingink­an keunikan dalam majlis perkahwina­n.

“Ciptaan dan gubahan bunga tidak terhadap pada bunga mawar, bahkan kami boleh menghasilk­an bunga padi, bunga teratai dan daisi.

“Pemilihan warna

 ??  ?? SUSUN manik yang menarik.
SUSUN manik yang menarik.
 ??  ?? FATMAHWATI
FATMAHWATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia