Harian Metro

Telefon suami banyak imej seksi

-

kami baru-baru ini.

Saya dikejutkan dengan penemuan gambar perempuan separa bogel dalam telefonnya. Saya bertanya dan suami mengatakan itu mesej sesat. Masalahnya Dang Setia, saya bukan bodoh dan tuli.

Apabila sekali lagi imej seksi perempuan itu terpapar di skrin, membuatkan saya tidak puas hati. Kalau suami saya benarbenar baik patutnya dia buang atau padam. Saya tidak tahu mengapa tergerak hati untuk melihat imej yang tersimpan dalam galeri telefon bimbitnya.

Berderau hati saya apabila melihat gambar perempuan sama dengan pelbagai aksi.

Saya terlalu marah sehingga bertindak keluar rumah.

Saya bawa anak tunggal berusia dua tahun ke rumah orang tua. Saya ambil cuti panjang dua bulan kerana tertekan dan marah.

Empat hari kemudian barulah suami menghantar mesej dan menuduh saya derhaka dan sebagainya. Saya tidak sanggup menghadap mukanya sebab terlalu marah dan berasa jijik. Adakah tindakan saya salah?

AFINA Subang, Selangor

Satu pepatah Arab berbunyi, “Engkau melihat para pemuda seperti pohon kurma dan apakah yang engkau ketahui di dalamnya?”

Ia bermaksud penglihata­n mata sering diabui dengan penampilan atau ciri fizikal yang kita lihat. Senario itu normal kerana kita membuat penilaian berdasarka­n perkara yang nampak.

Dalam situasi puan juga sama. Puan hanya mengenali suami menerusi perwatakan warak selain mempunyai ilmu tinggi kerana pendidikan agamanya. Namun isi hatinya manalah puan dapat menduga terutama apabila pasangan menyembuny­ikan sisi ‘hitam’ begitu rapi.

Dang Setia simpati dengan nasib puan yang selama ini diperdaya suami dengan perwatakan alimnya. Suami tidak berterus terang dan berterusan menipu.

Malah gerak-gerinya yang begitu licik membuatkan dia berjaya menyimpan perlakuan buruknya dan merahsiaka­n kehadiran ‘kekasih gelap’ yang setia merahsiaka­n hubungan mereka hingga puan gagal mengesan perlakuan aneh suami.

Kini apabila rahsia terbongkar, ada baiknya puan bersemuka dengan suami dan wanita itu. Tetapkan hati dan tegaskan mengenai perkara yang ‘hak’ dan ‘batil’ kerana sebagai isteri, puan sememangny­a layak untuk berbuat demikian.

Berdiam dan murung sendirian kerana kecewa tidak membantu untuk menjernihk­an keadaan atau hubungan puan suami isteri. Bagaimanap­un, Dang Setia sarankan, buatlah persediaan. Jangan mudah hilang pertimbang­an dan pincang perancanga­n. Puan perlu aturkan penyelesai­an dan mendapatka­n sokongan terutama keluarga sendiri agar mereka memahami.

Nilaikan hala tuju hubungan perkahwina­n itu selepas puan berbincang dengannya dan memerhati sejauh mana dia kesal. Andai suami bersikap berdolak-dalik dan masih enggan mengaku, dia bukanlah pasangan jujur atau suami yang boleh puan harapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia