Harian Metro

8 ditahan guna WeChat ‘jual diri’

-

Nelayan yang baru keluar ke laut berhampira­n sungai Kampung Pulau Miri, di sini, semalam terkejut kerana objek terapung yang ditemui adalah mayat seorang wanita yang diikat di dalam guni.

Mayat wanita tanpa identiti itu ditemui jam 7.45 pagi di sungai berkenaan sebelum memaklumka­n kejadian kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumka­n penemuan mayat itu daripada polis.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng kemudianny­a pergi ke lokasi kejadian untuk membantu mengangkat mayat berkenaan.

“Maklumat awal memaklumka­n mayat berkenaan ditemui nelayan yang kebetulan melalui sungai berkenaan sebelum menghubung­i polis,” katanya.

Beliau berkata, nelayan berkenaan kemudianny­a menarik mayat berkenaan ke tebing sungai sementara menunggu ketibaan pasukan bomba untuk mengangkat­nya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan dan dipercayai dihanyutka­n ke kawasan berkenaan sebelum maklumat berhubung kegiatan maksiat di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, selain tangkapan itu, pihaknya turut merampas wang tunai RM3,962, 72 kondom dan 11 telefon bimbit yang disyaki hasil kegiatan haram mereka.

“Bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan, kita melakukan serbuan di hotel itu sebelum berjaya menahan lapan wanita warga Thailand yang disyaki menjalanka­n aktiviti pelacuran dengan menggunaka­n promosi di aplikasi WeChat.

“Kita turut berjaya merampas wang tunai, beberapa keping kondom dan telefon bimbit dalam serbuan itu,” katanya, semalam.

Salehhudin berkata, polis turut menahan tujuh lelaki termasuk pelanggan dan terbabit secara langsung dengan kegiatan pelacuran di dalam serbuan itu.

 ??  ?? SALEHHUDIN
SALEHHUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia