Harian Metro

ORKID TAHAN PANAS 30 HARI

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kesudian Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan merasmikan Festival Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur 2017 (KLOBS2017) di Taman Pudu Ulu di sini, mendapat penghargaa­n apabila spesies orkid baru diberi nama Aranda Loga.

Pengerusi Pertubuhan Peminat Orkid Malaysia Wong Kiang Ho berkata, bunga orkid itu adalah kacukan atau hibrid menggunaka­n spesies

dan

Katanya, kacukan itu dilakukan Ong Bor Kia yang berasal dari Ulu Tiram, Johor pada 30 September 2011.

“Asal usul orkid ini adalah dari ladang orkid Sungai Tiram, Johor. Sebagai tanda terima kasih, kami menamakan bunga orkid baru ini sebagai kerana Dr Loga memberi komitmen hadir pada KLOBS2017 sebagai perasmi.

“Nama orkid ini belum didaftarka­n dan akan dibawa ke London, United Kingdom untuk melalui proses pendaftara­n,” katanya pada majlis KLOBS2017, semalam.

Wong berkata, mengeluark­an bunga yang pertama pada 8 Februari tahun lalu selepas empat tahun lima bulan dikacuk.

“Bunganya berwarna kuning dan berbentuk labah-labah dengan saiz 9 x 8 x 45 sentimeter.

“Ia boleh bertahan dalam cuaca panas dan bertahan selama 30 hari,” katanya.

Terdahulu, Dr Loga berkata, KLOBS2017 mampu menjadi platform mempromosi Kuala Lumpur di mata dunia dengan keunikan tersendiri menerusi himpunan lebih 500 spesies orkid dari pelbagai negara dan reka bentuk bonsai pelbagai saiz serta spesies.

“KLOBS2017 mempunyai pelbagai segmen pendidikan termasukla­h ceramah perkebunan, demonstras­i orkid dan bonsai, gubahan bunga segar, pertanding­an orkid dan bonsai, pameran serta jualan.

“Saya difahamkan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkena­lkan hibrid orkid baru dari spesies yang indah dan tahan kepada perubahan cuaca serta berpotensi menjadi tanaman hiasan landskap,” katanya ketika berucap.

Hadir sama pada festival anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula semalam hingga 10 Disember ini ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Hasil kacukan daripada jenis Vanda Puchs Harvest Moon dan Aranda Iskandar of Johor

 ??  ??
 ??  ?? SPESIES Aranda Loga mengeluark­an bunga pertama pada 8 Februari tahun lalu.
SPESIES Aranda Loga mengeluark­an bunga pertama pada 8 Februari tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia