Harian Metro

SEMAI GAYA HIDUP SIHAT

-

hadir ke program itu, dia menyambut baik aktiviti sihat berkenaan, sekali gus memberi peluang penduduk tempatan beriadah.

“Aktiviti yang dianjurkan sangat bagus kerana dilihat seimbang dengan pembanguna­n rancak di kawasan ini, sekali gus memperliha­tkan Iskandar Puteri aktif dengan aktiviti sihat.

“Selain sibuk dengan pembanguna­n, namun aktiviti kesukanan juga tidak dipinggirk­an, sekali gus menyemai gaya hidup sihat di kalangan komuniti setempat,” katanya yang turut mengambil bahagian dalam pertanding­an mencari harta karun bersama dua rakannya.

Baharom Ahmad, 47, berkata, dia menyokong aktiviti sukan menerusi Iskarnival Aktif 2017 dibuat di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri kerana memiliki kemudahan kelengkapa­n, selain lokasinya juga strategik.

“Meskipun Iskandar Puteri digambarka­n sebagai penempatan elit, tetapi sekurang-kurangnya lokasi ini menjadi platform untuk aktiviti kecergasan warga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP),” katanya.

Warga United Kingdom Linda Steven, 33, berkata, dia hadir bersama rakannya bagi menyaksika­n pelbagai aktiviti sukan bertaraf antarabang­sa diadakan selepas mengetahui­nya menerusi Iskandar Investment Berhad (IIB).

“Saya tidak mengetahui ada kompleks sukan sebesar ini biarpun sudah 18 bulan menetap di negara ini. Paling penting dapat memeriahka­n acara bersama ribuan warga Iskandar Puteri dengan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.

Program Iskarnival Aktif 2017 rangsang masyarakat manfaatkan cuti hujung minggu dengan beriadah

 ??  ?? PELBAGAI aktiviti disediakan bagi memeriahka­n program Iskarnival Aktif 2017 di Kompleks Sukan Educity Iskandar Puteri.
PELBAGAI aktiviti disediakan bagi memeriahka­n program Iskarnival Aktif 2017 di Kompleks Sukan Educity Iskandar Puteri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia