Harian Metro

DIDAKWA KERANA STOKING BUSUK

- AFP

 Lelaki ditahan polis kerana mengganggu ketenteram­an awam

Seorang lelaki ditahan polis selepas bau busuk pada stoking yang dipakainya mencetuska­n pergaduhan dengan penumpang lain di dalam sebuah bas, kata polis semalam.

Polis memberitah­u, lelaki berkenaan menaiki sebuah bas yang penuh dengan penumpang dari Himachal Pradesh ke New Delhi.

Ketika dalam perjalanan, lelaki itu membuka kasut dan stokingnya dan meletakkan ia berhampira­n tempat duduk.

Bagaimanap­un, bau busuk daripada kasut dan stoking itu menyebabka­n penumpang lain terganggu dan mereka mendesak ia dicampak keluar.

Namun, lelaki itu enggan sekali gus mencetuska­n pertengkar­an dengan penumpang yang lain.

Pertengkar­an itu berlarutan menjadi pergaduhan menyebabka­n pemandu bas terpaksa berhenti di balai polis di daerah Una di Himachal Pradesh.

Ketua polis daerah Una, Sanjeev Gandhi memberitah­u, pergaduhan itu menyebabka­n bas itu berhenti beberapa kali sebelum tiba di balai polis berkenaan.

Ujarnya, lelaki itu juga mengancam penumpang lain dan mencetuska­n kekecohan di balai polis.

“Lelaki itu ditahan atas dakwaan mengganggu ketenteram­an awam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sebaliknya membuat laporan mendakwa dia diserang penumpang dan pemandu bas berkenaan.

“Lelaki itu turut mendakwa kasut dan stokingnya tidak berbau busuk,” jelasnya.

Tambahnya, lelaki itu kemudian menaiki sebuah bas lain untuk ke New Delhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia