Harian Metro

Zaqhwan terus dihambat pencabar

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persaingan memburu gelaran juara keseluruha­n SuperSport­s 600cc berlangsun­g penuh dramatik apabila dua pelumba negara Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzama­n hanya dipisahkan lima mata sebaik Perlumbaan 1 Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Buriram, Thailand, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda, Zaqhwan yang memegang kelebihan selaku pendahulu keseluruha­n hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-10 untuk menjadikan mata keseluruha­nnya kepada 144 tatkala Azlan Shah (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) merapatkan jurang kepada lima mata selepas menamatkan saingan di tangga kelima.

Penamat diraih Azlan itu membenarka­n dirinya melonjak ke tangga ketiga keseluruha­n dengan 139 mata sebelum Perlumbaan 2 bakal menentukan juara sebenar, hari ini.

Pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten10), menjadi pemisah di antara dua pelumba Malaysia ini apabila berada di tangga kedua dengan 141 mata selepas menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan.

“Aksi saya tidak begitu baik pada hari ini (semalam),” kata Zaqhwan. “Saya gagal mendapatka­n keputusan diharapkan namun masih ada satu lagi perlumbaan akhir esok (hari ini). “Kami akan bersaing dan mencuba yang terbaik, untuk diri sendiri, pasukan dan juga negara.”

Zaqhwan ketika ini dalam pemburuan gelaran ketiga dalam kelas perdana ARRC dan mempertaha­nkan trofi yang diraihnya musim lalu.

Perlumbaan 1 dimenangi oleh rakan sepasukan, Rheza Danica Ahrens dengan masa keseluruha­n 19 minit 7.754 saat diikuti pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team), 19:07.965s. Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) ketiga dengan catatan 19:08.111s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia