Harian Metro

Razani juarai kategori senior master

-

Rawang: Dapat membaca trek dan bijak mengintai ruang sebelum melakukan pecutan bagi empat kilometer terakhir mendorong pelumba Razani Pro Bike Centre, Muhamad Razani Husain, 51, menjuarai kategori senior master lelaki pada Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP), semalam.

Razani mencatat masa 1 jam 36 minit mengatasi pencabar utama, Prasert Chitmart dari pasukan Thailand All Star serta Tan Chee Yong dari SBS Giant.

Menurut Razani, dia memanfaatk­an sepenuhnya pengalaman yang ada sepanjang 10 tahun terbabit dengan sukan basikal lasak untuk memenangi perlumbaan itu.

“Saya rebut peluang ketika di laluan mendaki dengan mendahului peserta lain.

“Masa laluan berbukit di empat kilometer terakhir itulah saya pecahkan kumpulan dan pergi awal.

“Bila turun saya terus henjut hingga ke garisan penamat,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan perlumbaan semalam.

Menurutnya, trek kali ini sememangya mencabar ditambah pula dengan keadaan becak dan licin yang sangat menguji ketahanan pelumba.

Bagaimanap­un, katanya pengetahua­n dalam taktikal perlumbaan memberi banyak kelebihan kepadanya.

“Saingan saya adalah peserta dari Thailand jadi saya perlu berjaga-jaga kerana siapa lepas dulu dia ada peluang.

“Alhamdulil­lah akhirnya kemenangan memihak kepada saya,” katanya yang turut memenangi acara keseluruha­n dalam kategori sama.

Katanya, persediaan rapi sebelum perlumbaan itu dengan memastikan tahap kecegasan dan stamina kekal konsisten turut menjadi faktor pendorong kemenangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia