Harian Metro

BIJAK ‘BACA’ PERMAINAN

-

 Harith tangkas di posisi tengah bertahan, kini buruan beberapa kelab Eropah

Soalan (S): Ceritakan kepada pembaca Arena Metro sejak bila anda mula bermain bola sepak dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula bermain

Bagaimanap­un, ketika penulis melihat aksi Harith Haiqal yang mewakili skuad bawah 15 tahun (B-15) negara pada satu kejohanan di Eropah April lalu, penulis cukup terpegun dengan aksi bersahajan­ya.

Ketinggian, ketenangan dan kebijaksan­aan membaca permainan menjadikan Harith sebagai aset berharga buat pasukan kebangsaan dan dia turut mendapat perhatian beberapa kelab ternama Eropah.

Mari ikuti temu bual bersama pemain dari produk Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) itu.

bola sepak sejak di sekolah rendah bermula pada umur sembilan tahun. Individu yang membawa saya ke dalam dunia bola sepak adalah guru saya dari Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau iaitu Cikgu Rahim Haron. S: Posisi manakah yang anda bermain ketika mewakili skuad B-15 negara dan kenapa memilih posisi itu?

J: Saya bermain di posisi tengah bertahan. Pada mulanya saya bermain di posisi pertahanan, namun ketua jurulatih B-15 iaitu Lim Teong Kim meletakkan saya di posisi tengah bertahan kerana beliau berpandang­an saya lebih sesuai bermain di posisi itu. Menurut beliau faktor yang ada pada saya seperti ketenangan semasa bermain dan kawalan bola yang bagus.

S: Bermain di posisi tengah bertahan bukan mudah. Apa perkara utama yang perlu ada untuk beraksi di posisi itu?

J: Perkara utama adalah tahap kecergasan dan fizikal. Selain itu, ketenangan dalam mengawal bola, berkomunik­asi antara satu sama lain, mempunyai keberanian dan teknik yang bagus. S: Anda mendapat sentuhan jurulatih berpengala­man Teong Kim yang pernah bertugas di akademi Bayern Munich. Apakah yang sering ditekankan Teong Kim kepada anda untuk menjadi seorang pemain tengah bertahan yang baik?

J: Jurulatih sering menekankan perkara seperti sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri, mempunyai semangat juang tinggi, memberi arahan dan sentiasa membantu rakan sepasukan semasa bermain, kebijaksan­aan dalam menyelesai­kan masalah semasa bermain, teknik yang bagus dan harus ada stamina tinggi.

S: Siapa idola anda di posisi itu dan kenapa memilihnya?

J: Idola saya Toni Kroos yang bermain untuk kelab Real Madrid. Saya meminatiny­a kerana dia mempunyai kebolehan tinggi contoh kebijaksan­aannya dalam menyelesai­kan masalah. Selain itu, ketenangan­nya dengan bola juga menarik perhatian saya untuk mencontohi­nya dan teknik dia juga bagus selain hantaranny­a yang tepat kepada rakan sepasukan.

S: Anda antara pemain NFDP yang berjaya menarik perhatian pencari bakat di Eropah ketika menyertai satu kejohanan di sana April lalu. Apa pandangan anda mengenai hal itu?

J: Sudah semestinya saya tidak menyangka dan berasa sangat bangga kerana pasukan dari kelab ternama dapat melihat potensi dan kebolehan diri saya. Selain itu, saya amat bersyukur kerana apa yang diajar oleh jurulatih berjaya dimanfaatk­an hingga dapat menarik perhatian jurulatih dari kelab gergasi Eropah seperti RSC Anderlecht (Belgium) dan Udinese (Itali).

 ??  ??
 ??  ?? HARITH (belakang, kiri) bersama skuad kebangsaan.
HARITH (belakang, kiri) bersama skuad kebangsaan.
 ??  ?? HARITH bersama bapa, Adam Afkar Abdul Zalail dan ibu, Juliana Jaafar.
HARITH bersama bapa, Adam Afkar Abdul Zalail dan ibu, Juliana Jaafar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia