Harian Metro

‘TAK SAYANG RANKING KE?’

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Kedudukan kelab dari Malaysia bakal merudum jika Pahang enggan sertai Piala AFC

Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John mengesahka­n satu slot pasukan dari Malaysia bagi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an jika Malaysia hanya mempunyai satu wakil dalam Piala AFC 2018, ranking kelab dari negara ini pasti merudum.

“Malaysia mengatasi Hong Kong dengan kelebihan kecil saja untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2019 dan 2020,” kata Windsor, semalam.

“Namun, untuk kekal berada di depan dalam kedudukan ranking, kelab Malaysia perlu bermain dalam pertanding­an AFC. Jika anda tidak mendapat mata, kedudukan anda dalam ranking pasti jatuh.

“Saya bimbang, Malaysia akan menyesali tindakan Pahang yang enggan bermain di Piala AFC. Kesannya akan dapat dilihat dalam tempoh empat tahun lagi.”

Windsor berkata, prestasi pasukan memainkan peranan dalam menentukan kedudukan ranking kelab Malaysia manakala bakinya disumbangk­an keputusan yang dicapai skuad kebangsaan berdasarka­n ranking FIFA.

Purata mata akan dikira untuk tempoh empat tahun dan ia akan menentukan kedudukan berapa banyak slot yang boleh diberikan kepada negara terbabit dalam Liga Juara-Juara atau Piala AFC.

Berdasarka­n senarai ranking terbaru kelab AFC, Malaysia hanya mengatasi Hong Kong dengan kelebihan 0.266 mata untuk menduduki tangga ke-13 selepas mengumpul 29.300 mata.

Sebahagian besarnya adalah hasil keputusan yang dilakar Johor Darul

Ta’zim sejak beberapa tahun lalu.

“Punca lonjakan mata buat Malaysia adalah disebabkan JDT muncul juara Piala AFC 2015,” kata Windsor.

“Tapi, mata akan dikira berdasarka­n purata dan jika hanya satu pasukan bertanding di kejohanan AFC, anda pasti rugi.”

Kejayaan JDT muncul juara Piala AFC 2015 menyumbang satu pertiga daripada purata mata yang diperoleh

kelab Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia