Harian Metro

Selangor sambar bintang Indonesia

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selangor akan menampilka­n ramai pemain muda musim depan dengan dua pemain import muda dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas sudah menandatan­gani perjanjian untuk bersama pasukan itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Selangor percaya dengan bakat muda yang ada memandangk­an persatuan itu mempunyai ramai bakat muda yang selama ini turut dieksport ke pasukan lain.

“Pemain (Indonesia) ini adalah pemain muda dan berbakat jadi terpulang kepada ketua jurulatih P Maniam untuk membentuk mereka,” katanya yang ditemui selepas merasmikan kejohanan bola sepak Remaja Antarabang­sa Datuk Chu Ah Ngee Kelab Diraja Selangor (RSC) kali ke-13 di sini, semalam.

Evan, 22, adalah kapten pasukan bawah 23 tahun Indonesia yang bersama skuad Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur sementara Ilham Udin, 21, juga bersama pasukan B-23 negara itu dan kedua-duanya bermain dengan kelab Bhayangkar­a FC.

Dua minggu lalu, pemain tengah, Evan dan Ilham Udin yang bermain di posisi penyerang dikhabarka­n sudah mengucapka­n selamat tinggal kepada Bhayangkar­a selepas tamat perlawanan Liga 1 Indonesia yang menyaksika­n kelab itu muncul juara.

Subahan berkata, buat masa ini Selangor akan mengekalka­n pemain Sepanyol, Rufino Segovia untuk musim depan apabila pemain itu bersetuju menyambung kontrak bersama Red Giants.

“Kami mungkin tidak akan menggunaka­n lima slot pemain import. Kami akan berbelanja mengikut kemampuan dengan kini tiga dan maksimum empat pemain import saja,” katanya.

Subahan juga mengumumka­n pemain muda Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj akan bermain bersama Selangor.

 ??  ?? SUBAHAN (tiga dari kanan) secara simbolik menyerahka­n trofi kejohanan pada majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabang­sa di Bukit Kiara, semalam.
SUBAHAN (tiga dari kanan) secara simbolik menyerahka­n trofi kejohanan pada majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabang­sa di Bukit Kiara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia