Harian Metro

Dilamar stesen TV seberang

-

Hebat juga anak tempatan apabila bakat mereka sering mendapat perhatian pihak luar. Terbaru, penyanyi sedang mencipta nama, Khai Bahar dilamar produksi filem di Indonesia untuk mendendang­kan runut bunyi.

Selain itu, bekas penyampai berita TV3 dan pengacara Saiful Nizam Ismail, berkongsi berita gembira dengan rakan Cik Pang bahawa dia ditawarkan menjadi pengacara dan pembaca berita di stesen TV MNC.

Katanya, tawaran itu datang beberapa minggu lalu tetapi dia belum lagi memberikan kata putus.

Perkara itu sedang dipertimba­ngkan kerana kalau benar dia mahu kembali menyertai dunia penyiaran apatah lagi di negara luar, banyak hal yang harus diberikan perhatian.

Menurut Saiful, jika ikutkan hati mahu sahaja dia terima tawaran itu. Bagaimanap­un tanggungja­wabnya sekarang besar. Perlu fikir isteri dan anakrestor­an anak.

Tambahan pula, Saiful kini sedang mengembang­kan beberapa perniagaan yang diusahakan termasukla­h Sushi di Bangi.

Kata Saiful lagi kepada teman Cik Pang, dia benar-benar terkejut dan tidak menyangka bakatnya dilihat orang luar dan seterusnya merisiknya untuk menyertai mereka.

Kalau Saiful bertanya kepada Cik Pang, jawapan yang kita akan bagi adalah terima saja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur bukanya jauh. Boleh balik setiap minggu untuk menguruska­n keluarga dan anak-anak.

Cik Pang ada dengar, pengacara dan penyampai berita di negara sebarang dibayar tinggi hingga cecah ratusan ribu ringgit kerana industri penyiaran mereka jauh lebih besar dan maju berbanding kita.

Jadi Saiful tepuk dada tanya selera. Sekarang bukan duit yang difikirkan tetapi pengalaman kerja itu jauh lebih berharga.

 ??  ?? SAIFUL Nizam Ismail
SAIFUL Nizam Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia